Wednesday, November 28, 2007

Perkembangan Terbaru MIIM

Assalamualaikum.

Sedikit perkembangan mengenai MIIM.

Rangkulan perjumpaan di Grand Ballroom, Hotel De Palma Ampang semalam:

  1. Pelajar-pelajar sesi 052005 akan meneruskan latihan industri seperti biasa. Majlis konvokesyen dijangka (err... atau dijamin) diadakan pada March 2008.

  2. Pelajar-pelajar sesi 102005 (semester akhir) meneruskan sesi pengajian di Institut SAL, Leboh Pudu depan Mydin.

  3. Dan semester-semester lain (1-6) dilanjutkan cuti sehingga 14 Februari 2008 bagi memberi ruang kepada kerja-kerja ubahsuai premis baru yang terletak di Taman Melawati.

  4. Kementerian+Badan Bertindak akan terus bekerjasama memantau pengurusan MIIM. Khususnya kerja-kerja ubahsuai di premis baru.

Tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa yang datang semalam. Ramai gila. Macam mesyuarat PIBG sekolah... err. Mesyuarat PIBG pun tak seramai ni rasanya.

Insya Allah. Segala-galanya akan berjalan lancar.

Semalam terbaca bulletin seorang daripada kamu-kamu hantar. Dia kata dia bosan cuti. Dia kata pelajar-pelajar diberi cuti sebab terdapat masalah yang tak dapat diselesaikan. Dia kata lagi, menyesal masuk institusi ini.

Wah. Kalau dia kursus Kewartanan Integratif, sekurang-kurangnya dia patut kenal ketepatan maklumat. Paling tidak, tahu kenapa lanjutan cuti diberi. Mungkin semasa penerangan tentang cuti tersebut, dia asyik makan kuih sejuk di ruang luar Grand Ballroom. Atau teruja nak pergi Ampang Point sebelum waktu makan tengahari.

Apa-apa pun, tunggu dan lihat.

Selamat Bercuti. Lagi. Nah.

Gambar premis baru. Insya Allah.



2 comments:

superunknown said...

wah dr segi bangunan kelihatan jauh lebih cantik dr yg lama mengikut memori terakhir saya.

harapnya tiada janji palsu dan ini menjadi noktah penamat kepada semua malapetaka tak diundang ini.

yang tinggal selepas ini hanyalah terus mara, maju dan padu! err

azrieizham said...

memori terakhir saudara berapa gb? sudah diformat utk mengemas virus?
err

harapan bersama agar tiada pertumpahan dara yang berlaku lagi.