Assalamualaikum.
Bulan terakhir kalendar masihi. Datang lagi. Disember.
Aku suka Disember.
Di dalamnya ada cerita-cerita
Bukan cereka boneka atau lakonan semula
Tapi sebuah sketsa dan kehidupan yang sama sebati
Di dalamnya ada cerita-cerita dan lagu-lagu
Cerita dan irama yang mulanya
Seawal usia masa
Tanpa layar atau penghias pentasnya
Juga tanpa pentadbir atau penata
Aku dalam cerita dan melodi ini
Terkadang siur di lurus jalan
Terkadang tongkah jalanan bengkok
Wah. Sekadar mukaddimah sumbang tak bernoktah dari saya.
Entah apa yang istimewa tentang Disember.
Untuk blog,
Selamat Ulang Tahun Kelahiran. Masih setia dengan nama yang sama. Domain yang sama. Tema dan warna saja yang silih bertukar ganti.
Untuk kamu-kamu semua,
Terima kasih. Kris Dayanti sampaikan pesan, Cobalah Untuk Setia. Jennifer Lopez pun sms suruh saya sampaikan pesan kepada kamu-kamu pembaca semua, Lets Get Loud.
Untuk awak,
3 Doors Down minta saya sampaikan pesan ini, Here Without You . The White Stripes tambah, I Just Don't Know What To Do With Myself. Sebab tahu awak takkan balas, Everly Brothers tolong jawab, All I Have To Do Is Dream. Apa-apa pun, ikhlas saya sampaikan pesan dari Willie Nelson, You Are Always On My Mind.
Untuk SB 600, AF 55-200 VR, AF-S Zoom-Nikkor ED 18-200mm f/3.5-5.6G IF DX VR , Manfrotto, ELN-L9 dan lain-lain,
The Wonders minta saya sampaikan, I Need You. Tapi Rossa menyampuk, Tak Termiliki (Remix). Hehe.
Untuk abang-abang HINDRAF yang garang itu,
"Hey Waley!" kata Reshmonu.
Sekian buat waktu ini.
9 comments:
Kulitnya BERSIH hati pun BERSIH
Budi yang baik hatinya pengasih
Kulitnya BERSIH hati pun BERSIH
Memikul belati tiada memilih
Jadikan BERSIH hati pun putih
Berkata benar bermulut fasih
Jadikan BERSIH hati pun putih
Dialah khazanah pintu terpilih
hey waley! saya kecewa kerana tidak ditujukan video vk lingam utk saya.
Untuk SB 600, AF 55-200 VR, AF-S Zoom-Nikkor ED 18-200mm f/3.5-5.6G IF DX VR , Manfrotto, ELN-L9 dan lain-lain,
tamak gilerr~
mr.clean:
bukankah mr clean itu jenama serbuk pencuci yang bermutu tinggi tapi tak ada orang nak beli?
w a n t o a p e k e j a d a:
wow video vk lingam.. i likee
encik masendo:
haha itu ler pasal
sape soh tejebak
kan dah tamak
tengok itu nak
tengok ini nak
bila dah sesak
kat sape nak mintak
takkan nak rompak?
sabar je la wak~~
errr
bru tgk my best friends wedding ke ape.. huhu
ade ape dgn my best friends wedding?err
ade lagu2 tu.. hehe
ade lagu2 tu.. hehe
AMY Search pernak berkata, aku dah bosan! aku dah bosan! aku dah bosannn! dan aku terus mengikut jejak langkah Shieda, Angkat Kaki sambil melambaikan tangan sambil berkara Selamat Jalan Romeo..
Post a Comment