Friday, September 28, 2007

Cakap-Cakap Hati

Aku lastik bintang dengan catapult jiwa. Gugur Satu.
Aku alih kabus rimba dengan jemari jiwa. Terang teroka.
Cuma, bilamana aku cuba memegang hatinya dengan luhur jiwa ini, aku rebah sendiri. Lagi.

Azrie Izham Hamzah
2228PM 28 September 2007
Keramat

Saya Bukan Pakar Sakit Puan

Assalamualaikum.

Saya pernah ambil aliran sains.

Belajar tentang fetus, embrio, tiub fallopio dan err apa lagi entah. Sorry Puan Foo (cikgu Bio)

Yang saya mudah ingat, bab 28 hari kitaran haid. Kenapa mudah ingat, jangan tanya saya. Saya pun tak tahu.

Dan baru-baru ini, saya mulai sedar. Saya perlu belajar sesuatu untuk tidak menghampakan seseorang yang amat memerlukan. Walau siapa pun anda, maafkan saya kerana tidak berjaya menjawab persoalan rumit anda itu

Tuesday, September 25, 2007

Petua Meredakan Stress

Assalamualaikum.

Ah. Minggu yang memenatkan. Meletihkan. Tanpa study week, study aku menjadi weak. Minggu presentation yang menduga iman di bulan ramadhan.

Doakan segala-galanya berjalan lancar. Termasuk peperiksaan akhir. Minggu hadapan. Hoh...

Banyak isu untuk ditaip. Tapi tak terkeluar semuanya.

Buffet Berbuka Puasa RM40 hengget di Royal Adelphi Seremban, terasa tawar. Apapun, terima kasih kepada yang berkenaan.

Terigau-igau carry marks setiap subject.

Warggh...

Media Research Final Presentation Selesai dengan jayanya.
Corporate Communcation Final Presentation Selesai juga.
Publicity & Sales Promo Presentation. Khamis ini. Nantikan.

Peperiksaan akhir,

2 Oktober, 1400PM Corporate Communication
3 Oktober, 1400PM Media Research
8 Oktober, 1400PM Publicity & Sales Promo
9 Oktober, 0930AM Law Of Communication

Tak sabar rasanya untuk melangsaikan perkara-perkara yang masih belum digaris.

Segalanya akan berjalan lancar. Insya Allah. Hendaknya. Mudah-mudahan.

Aku berjalan dengan lancar?

Hendaknya...

Akhir kata,

Tuesday, September 18, 2007

Tak Faham?

Assalamualaikum.

Sempena meredakan sedikit tekanan kerja yang membelenggu sanubari insani ini, saya hidangkan beberapa siri perbualan di bulan Ramadhan Al Mubarak.

SATU

Lelaki Ini : Kau pergi bazaar ramadhan tak petang ni?
Lelaki Itu : Tak, aku tak berniaga.

DUA

Lelaki Ini : Hai, berbuka tadi makan apa?
Perempuan : Makan Mi Kari. Tapi pukul 5 tadi dah bedal murtabak.
Lelaki Ini : Oh, baru ingat nak ajak pergi Tarawih.

TIGA

Lelaki Ini : Maghrib pukul berapa?
Lelaki Itu : Wah...

EMPAT

Lelaki Ini : Kau tau tak salah satu kejadian ganjil yang berlaku dalam bulan puasa?
Lelaki Itu : Ini kan dialog kau. Mestilah aku tak tau. Apa yang ganjil tu?
Lelaki Ini : Tak nak teka?
Lelaki Itu : Kau ni memang saja nak panjangkan dialoglah suruh teka. Bagitau je la...
Lelaki Ini : Tu... tengok kejadian ganjil. Library penuh waktu lunch.
Lelaki Itu : (Bengang) - tetibe je nak bengang.

LIMA

Lelaki Ini: Apa beza LAMPU TIDUR dengan LAMPU STADIUM?
Lelaki Itu : Eh teka-teki ke ni? Macam tak ada kena mengena je dengan entri puasa.
Lelaki Ini : Siapa cakap ada kena mengena. Jawab jela...
Lelaki Itu : Malas aku nak jawab. Baik aku jawab quiz lecturer aku bagi jap lagi.
Lelaki Ini : Takpelah, biar korang yang jawab.
Lelaki Itu : Korang? Sape korang??
Lelaki Ini : Korang lahh...
Lelaki Itu : Ooo... korang...

Sekian. Tak faham?
Terima Kasih.

Saturday, September 15, 2007

30 hari mencari cinta

Assalamualaikum.

Salam Sahur semua. (Termasuk anda yang bersahur pada jam 8.30 pagi)

Ramadhan datang dan pergi. 30 hari mencari cinta. Bukan mencari buffet di hotel ternama bak kata Sang Mufti.

Oh, saya akan meneruskan posting ini dengan menyatakan lapan dalil mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM tentang diri saya. Kelakuan saya, dan apa apa saja yang menarik tentang diri saya. Ya?

Sebelum bermula, kredit saya berikan kepada Encik Masen yang meng'tag' saya. Untuk pengetahuan anda di luar sana, inilah kali pertama saya menulis entri berbaur tag di blog ini (Since 2005). Ada terima pelawaan. Tapi kebiasaanya malas dan jarang saya layan. Kali ini? Layaann...

undang-undang:

MESTI tampal undang-undang..

MESTI posting lapan fakta/tabiat empunya blog..

yang kena tanda MESTI buat posting lapan, dan MESTI senaraikan lapan orang yang terpilih untuk ditanda diakhir posting..

tinggalkan komentar dan beritahu bahawa mereka telah ditanda dan MESTI baca blog..


Saya copy and paste maklumat dari internet untuk memudahkan tugasan yang diberi pensyarah

Maaf. Itu soalan questionaire Media Research saya. Salah. Baik. Mula semula.

SATU

Saya obses terhadap dunia maya. Bukan Maya Karin, tetapi internet. Saya pun tak tahu ada apa dengan internet. Budak-budak CC (baca: Cyber Cafe, bukan Corporate Comm)obses internet kerana ada WOW atau Myspace.

DUA
Saya KURANG gemar perokok ketika mereka sedang merokok. Tak kiralah rokok Sampoerna, Dunhill mahupun Marlboro. Semuanya menyesakkan hidung. Lepaklah bersama saya kalau nak minum teh ais ber'straw' kan rokok. Tapi saya tidaklah sekejam itu. Kan Tomato kan?

TIGA

Saya gemar merayap seorang diri di bandar. Tapi sekarang saya tidak bersendirian lagi. Sudah ada Nik.

EMPAT

Apabila saya bosan, saya akan cuba menghiburkan hati dengan membuat lawak. Menghiburkan diri sendiri. Juga kenalan yang berhampiran. Juga mangsa melalui SMS. Maaf jika lawak-lawak saya tidak lawak bagi anda. Yang penting saya tidak terkekeh-kekeh syok sendiri ketika membuat lawak. Cukup sekadar senyuman.

LIMA
Saya pelat S apabila bertutur dalam bahasa Inggeris - Rakan kelas Publicity & Sales.

ENAM
Saya juga obses terhadap
a) panorama kampung dan pantai
b) telefon bimbit saya
c) muzik yang 'kena' dengan mood saya
d) Gadis comei bertudung, berkaca mata... errk

TUJUH
Gemar sesi cakap-cakap politik. Walaupun saya tidak tahu apa definisi politik selain propaganda kerajaan, dakyah pembangkang, PENYOKONG kerajaan dan PENGIKUT pembangkang.

LAPAN
Saya mempunyai nilai sentimental yang tinggi terhadap masa silam saya. Zaman sekolah, cinta pertama... Hmm... Ha tengok, kan dah sentimental.


Sekian.

Sekarang masa untuk meng'tag' orang.

ANDA YANG DI TAG:
ABE WE (beingwe)
Encik Azzam a.k.a tongai. (Sebagai modal anda update blog yang lama tak update)
Encik Afeez (Fret Boi)
Encik Alfian (ACEEJAY)
Encik Iskandar Sir Punk
SEMUA di Saya Singgah 1
SEMUA di Sayan Singgah 2 (Wow Faisal Tehrani main tag tag ke?)
Semua nama di sini

Friday, September 07, 2007

Hitam Putih Kehidupan.

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?

Semalam saya mengadu dengan seorang dua sahabat. Saya kata, to do list saya banyak tak selesai lagi. Berderet. Semakin ke penghujung semester, semakin sibuklah. Insya Allah dengan kehendakNya segala-galanya akan berjalan lancar. Amin.


Sampai sakit-sakit kepala dibuatnya. Ini ujian. Hadapi dengan senyuman. Tapi jangan senyum terlalu kerap ketika mengerang kesakitan. Bahaya.

Hah, dalam posting saya yang sebelum ini (scroll bawah)saya ada menyebut tentang Nik. Adoi, masih ada yang kurang mengerti dengan posting tersebut. Jumpa saya di kolej, tegur di YM tersengih meng'amboi, dah pandai sekarang' kan saya. Panik saya dibuatnya.

Nik bukanlah gadis cantik yang berasal dari Tumpat mahupun Mache. Oh, bukan juga lelaki.

Nik merupakan salah satu benda yang tergolong di dalam wishlist saya. (Walaupun saya tiada wishlist)

Jadi jangan salah faham lagi. Saya masih seperti dahulu. Cuma sekarang saya mampu melukis di atas cahaya dengan berus lensa. Itu sahaja.

Hmm. Nak kongsi sesuatu. Saya perhatikan kebelakangan ni, terdapat beberapa individu di sekitar saya macam ada masalah. Di alam maya mahupun di dunia realiti.

Ada yang luahkan terus kepada saya, ada yang berkias-kias dan ada juga yang berdiam semata-mata.

Tema utama permasalahan masing-masing, tak silap saya adalah CINTA. Hehe. Kalau masalah CINTA ni, sudah semestinya masalah CINTA dengan kekasih hati yang bertakhta di sanubari. Betul tak?

Tema saya sudah dapat baca secara tersurat. Yang tersirat diluar batas pengehtahuan saya, plot-plot yang terletak di atas storyboard. Apa babak punca kepada klimaks? Dan bagaimana pula peleraian dapat dibentuk?

Entahlah. Saya pun tak tahu.

Ada seorang rakan (atau abang) pernah bercerita dengan saya tentang betapa kecilnya krisis CINTA jika hendak dibandingkan dengan segala macam krisis yang wujud di muka bumi ini.

Katanya lagi, 'boyfirend' dan 'girlfriend (disatukan menjadi 'couple') merupakan watak yang terlalu kecil dalam novela kehidupan jika hendak dibandingkan dengan ibu ayah, keluarga, saudara mara. Tetapi mengapa kita nampak dua watak ini seakan watak utama yang menerajui perjalanan kehidupan?

Entahlah. Saya pun tak tahu.

Ada seorang pensyarah saya pula bercerita tentang Teori Bongkah Ais.

"Teori Bongkah Ais ni sesuai kita lukis setiap kali ada masalah. Dengan mengenal diri kita, kita akan sedar masalah ada cara untuk meleraikannya. Cuma kita tidak nampak." (10% sahaja bongkah ais yang kelihatan. Selebihnya dibawah permukaan air)



Teori ini tak lari daripada sabda Rasulullah S.A.W.

“ Barangsiapa kenal dirinya, maka dia pasti kenal Tuhannya ( Allah S.W.T ).”

Dengan mengenali Allah S.W.T, hati kita tenang dan bersyukur dengan kelebihannya yang Allah kurniakan kepada kita. Kita akan sedar masalah kita taklah besar mana pun.

Lama kelamaan, kita akan sedar dan bersedia untuk menyelak helaian baru novela kehidupan kita. Helaian permulaan sebuah bab yang ceria. Atau, helaian pengakhiran kepada sebuah bab yang menggundahkan jiwa.

Selamat menghadapi segala-galanya. Dengan senyuman. Impian. :)

p/s: ok ke kaler hitam putih ni?

Monday, September 03, 2007

Nik

Assalamualaikum.

Apa khabar? Diharap anda semua tidak basah dek hujan lebat dikala lalu menunggang motorsikal dengan baju hujan yang berlubang.

Lama benar tidak update. (Ya. Ayat wajib tayang)

Hidupku tambah ceria dengan kehadirannya kini.
Sudah lama juga aku mengenali Nik.
Cuma untuk mendekatinya, sedikit terbatas.
Peluang dan ruang dah di depan mata, tak akan aku persiakannya.

Nik,
Ku persilakan langkahmu ke dalam hidupku kini.
Akan ku rakam setiap apa yang termahu.
Cipta kenangan manis saat kita bersama.

Selamat Datang.
Nik.



p/s: fotopages saya bakal ceria kembali.