Saya pasti ramai yang berulang kali refresh halaman ini menantikan update dari saya saban masa. Hit sudah membuktikan perkara yang tersebut.
Isu kenaikan harga bahan bakar dan pembahagian subsidi untuk kenderaan persendirian telah sebati dengan persekitaran kita hari ini.
Majoriti daripada rakyat (melalui pemerhatian saya) melontarkan cemuh dan amukan hati.
Saya bersama pendirian saya sendiri dalam tulisan kali ini, komentar-komentar rasa tidak puas hati atau caci maki terhadap kerajaan pemerintah sekadar mencurah air ke daun keladi.
Kalau tidak hari ini, esok lusa pasti harga bahan bakar naik. Dan esok lusa kamu-kamu akan terus komplen sepertimana pernah kamu-kamu lakukan beberapa tahun lalu.
Saya tiada fakta, graf, carta atau analisa untuk dipaparkan sama. Kamu-kamu di cafe pejabat mahupun warung seberang jalan lebih arif tentang itu. Waktu rehat pagi, tengahari serta makan petang. Asyik sekali mengeluarkan fakta (atau auta) berkenaan isu bahan bakar ini. Diselang selit dengan komplen serta umpatan terhadap gaji atau bonus serta BMW plat 2 digit
baru majikan. Alih-alih esok pagi kelam kabut bangun pagi redah jem takut lambat ke pejabat.
Kerajaan tak prihatin terhadap rakyat miskin atau golongan kurang berkemampuan? Nah, ini satu lagi permasalahan sikap. Hei kamu, jangan salahkan kerajaan semata. Kalau kamu miskin, mahu terus meminta-minta? Meneguk subsidi yang entah sampai bila kerajaan mahu manjakan?
Bergaul dengan golongan kurang berkemampuan? Ramai dikalangan rakan saya.
Bergaul dengan golongan berada? Ramai juga dikalangan rakan saya.
Beza yang saya nampak pada kedua-dua golongan ini, yang kurang berkemampuan terus merungut dan mengeluh "aku mana mampu" dan segala macam lagi keluhan resah.
Yang golongan sedikit berada, terus berbelanja sakan. Keluar saja wang tunai. Saya pernah tanya kepada mereka, samada tak takut ke duit habis?
Apa yang dijawab mereka?
"Aku percaya pada rezeki. Habis yang ini, aku carilah lagi"
Orang berada ada sebab kenapa mereka berada. Ada paling kurang, mereka ada usaha yang lebih dari yang kurang berada. Pertikai soal under-table conspiracy atau perspektif songsang.
Kita-kita digolongan pertengahan serta kurang berkemampuan ini. Kalau nampak saja Audi A4 di lampu isyarat, terbeliak memandang. Sampaikan kena hon oleh kereta belakang baru kita jalan.
"Orang kaya, bolehlah"
Desus hati kecil kita. Bukan begitu?
Jangan tipu saya.
Sudah. Berhenti meminta-minta. Merungut dan bersungut sambil lepak di kedai mamak. Atau di cafe pejabat sampai terlajak waktu rehat. Yang untung, taukeh kedai bukan kamu.
Kalau sekarang kita-kita dalam lingkungan 20 tahun, dengan attitude sebegini rupa. Pasti pada harijadi yang ke 40 kelak, kita-kita masih mengeluh dan berpeluh-peluh bila harga bahan bakar terus meningkat. Oh, anak-anak kita pun join sekali mengkomplen. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?
Tak ada siapa nak ubah nasib kita. Kerajaan takkan mampu ubah nasib dan gaya hidup kita dengan sogokkan subsidi. Nak tunggu peralihan kuasa dan tampuk kerajaan? Saya percaya, yang komplen akan terus komplen.
Tak ada siapa nak ubah nasib kita. Bos yang berpendapatan tinggi? Dia ada impian dan keluarga sendiri. Lainlah kalau kamu skandal dengan anak bos. Err.. atau isteri bos.
Tak ada siapa nak ubah nasib kita. Perhimpunan haram di KLCC sekadar menambah isi berita Al Jazeera atau putar belit Utusan Malaysia. Yakin PROTES dapat mengubah nasib dan gaya hidup kita-kita?
Federal Highway tetap sesak. Tempat letak kereta tetap penuh. Kamu-kamu pasti akan beli kereta baru. Esok lusa.
Tak ada siapa nak ubah nasib kita. Kalau bukan...
Lu pikir lah sendiri.
Assalamualaikum.
9 comments:
bila minyak lebih mahal atau penting dari makanan, inilah yang jadi. barangkali lebih cepat abis stok minyak negara lebih baik. minyak diimport sepenuhnya. disitu baru berdepan realiti. jom minum azwiee
persoalan tidak lah tertumpu pada minyak semata2...
tapi lebih kepada chain reaction akibat kenaikan minyak itu
orang bleh kate
"baguslah minyak naik, kurang memandu kereta, kurang pencemaran udara"
"aku pergi kerja naik motor saja...terjejas sikit je"
mari kita berfikir sejenak apabila minyak naik harga barang keperluan tak naik harga gak ke?
beras, tepung, sayur, minyak masak dan segala benda keperluan asas akan naik harga.. bagi mreka yg bujang takpela tp bagaimana kalau yang ada anak 5-6 orang bersekolah? bagaimana?
jgn kate mereka tidak berusaha.. jika tidak anda takkan dapat kereta Proton Saga baru anda sebelum raya. bekerja berbelas-belas jam sehari.. smpai dah tak kenal anak bini..
mereka miskin bukan meminta-minta.. cuma meluahkan perasaan yg terbuku.. dan sedikit-sedikit harap dibantu.. dalam pun Islam pun sudah kata.. yang kaya bantu yang miskin. kalau tak takkan kita kena bayar zakat.
Harus diingat tanpa mereka golongan bawahan, golongan atasan tidak akan merasa kemudahan dan keselesaaan yang dikecapi sekarang. semahal dan semewah mana pun barangan yang anda guna itu semua hasil dari titik peluh mereka golongan bawahan. nak ke orang atasan wat kerja-kerja mencuci jamban?
sekadar buat renungan. pikir-pikirkan..
multiplyer effects perkara basic yang akan berlaku apabila berlaku kenaikan harga bahan bakar.
simple econs kan. mark-up berlaku tak kira dr pemborong tepung peniaga runcit smp lah pakej perancang perkahwinan.
bukak mate luas2, ada ke tertulis pd IC, "kau, jd orang bawahan, dan kau jd orang atasan" tak ada. semua orang layak jd bos diri sendiri.
kita boleh bekerja keras untuk bos. tp at least, bg lah peluang untuk diri sendiri bekerja keras untuk diri sendiri dan family. dpt tangkap ayat ini?
nah, yang 5-6 orang anak bersekolah, tanggungjawab ibubapa tetap tanggungjawab.
anak tu rezeki. amanah. bila dah 5-6 orang anak, itulah amanah. itulah tanggungjawab. tak pernah bersedia nak menghadapi kenaikan harga barang ke? kalau tak hari ni, esok lusa naik jugak.
jangan ckp soal zakat. ya. tak nafikan. itu tanggungjawab orang atasan, berkemampuan (jika masih dilabel orang atas dan orang bawah)untuk membela si kurang mampu.
ke mana pula tanggungjawab orang bawah untuk berubah dan mengubah diri. duduk 'meluahkan perasaan sambil terus menadah tangan yang menerima?'. terus saja dengan harapan 'harap dibantu?'
oh ya, ada ke orang dalam dunia ni betul2 minat, suka dan mahu buat kerja-kerja cuci jamban dengan rela hati. semua orang pun buat sebab perlu. nak duit. kalau ada pilihan, siapa pun tak nak cuci jamban. tak kira orang atas atau bawah.
konsep saya mudah saja, dalam dunia ni tak ada status sosial yang menghalan sesiapa saja untuk berjaya. yang di atas tak semestinya terus di atas. yang di bawah tak semestinya akan terus di bawah.
Ya Allah Dik E!
You're the best!
Akak link this post to my blog ok!
Slm...
Yang pastinye kita semua mesti berusaha untuk mengubah nasib kita sendiri klu tidak sape lgkn...Takkan nk ddk pada takuk yg lm saje...
Kagum dgn pemikiran kamu...
Slm perkenalan dr Shamimi69...
aku setuju yang tak berada jangan terus meminta-minta. tapi sekurang-kurangnya, hasil minyak itu milik rakyat, kenapa tak boleh pulangkan kepada rakyat sedikit? maaf, aku lupa kamu tak ada statistik sebab itu kamu tidak tahu berapa keuntungan malaysia dari hasil minyak. dan sebab itu juga kamu marah kepada yang tak berada supaya jangan meminta-minta.
salam,
atas pengalaman yang amatlah sederhana menguruskan golongan bawahan 'yang tertentu', saya amat bersetuju dengan anda.
apa yg dijalankan kerajaan dipandang sepi, kerana pada mereka bukan projek mahupun bantuan modal yang dimahukan. tetapi bantuan saraan.
kerajaan memeikirkan "beri joran" namun mereka memikirkan "kami mahukan ikan".
ini adalah sebuah realiti. di mana memang terdapat golongan-golongan yang tidak mahu berubah dan berusaha walaupun untuk survivor keluarga.sungguh hairan.
encikpundak, hanya sedikit komen. saya ucapkan syabas pada yang berusaha.semoga Allah memberi kejayaan kepada hidup mereka.
namun encikpundak, kalau direnung betul2 sebenarnya ramai sangat golongan yang meminta2 dari berusaha.titik.
menonton rancangan bersamamu membuatkan hati sebak, bukan kerana kesusahan mereka sahaja, namun mengapa sesetengah dari mereka tidak berusaha walaupun sekadar menanam serai untuk dijual?
-dariku,yang keturunannya pernah menjadi golongan bawahan-
dyana: thanks kak dai. just my humble point of view.
shamimi: thanks shamimi. alhamdulillah dgn posting ni bertambah seorang kawan.
ameirul azraie: thanks.
ini bukan permasalahan duit rakyat atau kerajaan. ini permasalahan sikap.
kenapa perlu saya 'marah' kepada mereka yang tidak berada.
sedangkan saya sendiri tidaklah berada mana.
statistik atau fakta sekadar saya tidak muatkan dalam tulisan di atas. bukan bermakna saya tidak tahu. saya tahu. ambil tahu. saya pun online. dan tahu apa itu google.
d: sekadar mengangguk dan tersenyum. mungkin kita boleh berhubung melalui emel atau lanjut.
salam...
saya cukup tertarik dengan penulisan kamu tentang harga minyak ini. saya juga sependapat dengan kamu. so, teruskanlah usaha kamu dalam menyedarkan bangsa melayu yang kian layu....
Post a Comment