Wednesday, June 25, 2008

Sepi- Filem Magis

Satu lagi filem terbit dalam senarai filem 'mesti tonton di panggung, bukan sedut dari torrent saja'.




Sepi. Namanya dari segi komersial dari mata khalayak tipikal Malaysia sangatlah 'menggelikan' serta dianggap meleleh. Begitu juga filem Cinta suatu masa dahulu.


Tapi filem ini juga yang menjadi filem terbaik di Malaysia. Sekurang-kurangnya diiktiraf terbaik.


Nama Kabir Bhatia sebenarnya yang menjadi faktor utama mengapa saya sendiri ternanti-nanti penayangan Sepi secara rasminya pada 26 Jun 2008.


Keindahan sinematografi Cinta. Siapa yang mampu menafikannya. Itu juga harapan saya dalam persembahan Sepi. Madnor Kassim (sinematografer Cinta juga Sepi) lebih mengerti bagaimana menarik khalayak ke pawagam dengan permainan sinematografi serta fotografi.


Isu sebenar yang timbul apabila saya nyatakan pendirian saya (seperti yang di atas), muncul cakap-cakap dari rakan saya yang tetap dengan pendirian tidak sama sekali akan menonton filem Melayu. Oh. Malaysia.


Inilah pemikiran tipikal sepertimana yang saya paculkan dalam perenggan yang lebih atas. Filem yang dibikin dan dilabel sebagai filem tempatan kurang mendapat tempat di hati khalayak. Sebodoh-bodoh Meet The Spartans sehinggalah ke filem penuh estetika serta persoalan intelektualiti seperti Nuovo Cinema Paradiso semua pun boleh tonton. Tapi tidak filem tempatan.


Mungkin silap pembikin tempatan yang kurang kreatif mempelbagaikan persembahan persoalan 'cinta' yang sering dimainkan dalam karya.


Mungkin silap pembikin tempatan yang gila mengkomersialkan pelawak-pelawak bagi menarik jumlah kutipan tiket di pawagam. Sampai habis kering kontang idea lawak dan originaliti seorang pelawak kerana terlalu mengikut-ikut rentak skrip.


Kadangkala (kebiasaannya) saya sendiri lebih terhibur dan terkesan menonton filem-filem pendek garapan pembikin filem indie yang bajetnya rendah. Kerana mereka tak pernah kenal erti menepati citarasa pihak penerbitan atau penapisan skrip yang melampau.


Kamu, sekurang-kurangnya berilah peluang kepada pembikin filem tempatan. (Tapi tak perlulah beri peluang kepada filem yang tak perlu dan tidak layak diberi peluang)


Sepi. Harapan saya tinggi. Esok kita saksikannya bersama-sama ok.

1 comment:

iXa said...

best sungguh filem ini. sila tonton. recommended item.