Saturday, September 06, 2008

Setahun bersama Lensa Tunggal

Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka Puasa Semua.
Hampir-hampir tak sedar. September dan Ramadhan datang serentak. Di sambut seperti biasa.

Rupa-rupanya ada sesuatu yang saya terlepas pandang. Mungkin terlupa. Macam niat puasa juga.

Kamera Digital Refleks Lensa Tunggal. Nikon. Bulan ini genap 1 tahun saya memiliki DSLR.

Masa saya pasang niat untuk memiliki DSLR, saya tak tahu menahu tentang fotografi. Juga trend atau model terkini.

Production line model Nikon saya, 2006. Tak lah baru sangat. Tapi baca review, ramai kata functionnya terlalu basic.

Sesuai untuk orang basic macam saya.

Panduan buat kamu-kamu yang mahu beli DSLR atau termimpi memiliki DSLR; fikir balik kaau kamu sekadar mahu ikut trend, atau gantung kamera di leher sambil lepak di GIG, lupakan saja niatmu itu.

Lainlah kalau kamu-kamu memang berniat untuk jadikan fotografi sebagai periuk nasi atau hobi.

Pengalaman 1 tahun ini banyak memperkenalkan saya kepada nama-nama besar dunia fotografi serta manipulasi foto khususnya fotografi tempatan lah. Saiful Nang, Ted Adnan, Kukubesi, Dr Ali, Hasnudin serta ramai lagi.

Pengalaman 1 tahun ini juga banyak menemukan lensa (dari lensa kit ke lensa tele) kepada ramai spotlight di mata masyarakat. Pemimpin, selebriti dan ramai lagi.

Antaranya termasuklah, King Azlan, Pak Samad Said, Dato' Leela Mohd Ali (Budi Penyayang) Dr Sheikh Muszaphar, Saari Sungib (wakil kawasan saya) dan terkini, Pak Lah dan Najib Tun Razak pada Merdeka Parade baru-baru ini.

Serta ramai lagi.

Seronok tau ada kamera sebegini. Bukan seronok kerana gambar terlebih gegaran kerana dilanggar kraud (crowd) yang sedang terkinja-kinja di gig. Atau seronok ambil gambar gadis pramguari Air Asia di Lapangan Terbang (eh. Itu seronok juga).

Tapi, dengan kamera sebegini, tentu kamu-kamu yang memilikinya pernah melalui pengalaman kali pertama, menerima sapaan serta salam dari seorang fotografer Utusan atau BERNAMA,

"Saya X dari BERNAMA. Dari mana?"

Mula-mula dulu kaku juga nak cakap dari mana. Lama kelamaan sehingga hari ini, kalau-kalau menembak di event-event rasmi (samada berpas OFFICIAL atau tidak, vest tak pernah saya tinggalkan)

"Azrie. Freelance."

Begitu juga saya cakap kat penyelia majlis atau pihak berkuasa yang bertugas. Mereka sekadar mengangguk faham. Faham ke tak. Tak pasti pula saya.

Ya. Di sini maksud saya kelebihan pengguna DSLR. Mudah untuk dapatkan satu angle bagi mengejar moment yang orang lain tak akan dapat.

Pernah tak ada orang cakap belakang atau cakap depan-depan,

"Wah, sampai terbaring mamat ni tangkap gambar" atau

"Yang ambil gambar lagi hebat gayanya..."

atau lain-lain.

Memang ramai yang cakap, alah pakai kamera besar, gaya mesti lebih kan.

Tapi masalahnya 'gaya' itu bukan gaya saja-saja.

Gaya itu menggantikan tripod. For stablizing purposes. Mengurangkan getaran secara manual.

Tangan kita mana ada VR maa...

Setahun ini banyak lagi yang belum saya capai (dalam konteks ini lah)

  1. Rasanya cukup dulu upgrade macam-macam. Kalau ya pun mungkin ganti speedlight.
  2. Tengok lah nanti. d90 atau.. d80x?
  3. azrieizham.com Blog dan Photo Gallery.
  4. Streetphotography at Jonker Street, Pekan Rabu, Kuching.
  5. Kembara Foto Bali, Bangkok, Tokyo, Paris, London, New York ( dan New Haven?) Jom?
  6. Nak shoot belakang tabir filem-filem Afdlin.
  7. Photo Interview - A day with Heliza Helmi (saja letak a day. Kalau letak a night nanti tak boleh fokus)

Setakat ini, itu saja. Ada lagi nanti saya maklumkan. No 1, 2, 3 dan 4 tak ada masalah untuk capai. 5, 6 dan 7 pun sama. Just believe it ok?

Dah. Mahu habiskan MC Shakers.

Jumpa lagi.

Oh ya. Siapa mahu sponsor domain? Nanti saya buat photoshoot khas untuk kamu. Kalau kamu perempuanlah.

:P

2 comments:

-_- said...

pengguna dslr wooo. don't play play.

aku tak pernah paham kenapa sesetengah orang (aku rasa kau paham lah golongan mana) hendak membeli dslr untuk dibawa ke acara musik rock. nak kata submit gambar ke majalah, tak juga. kalau tengok kat myspace, tak la cantik mana. padahal semua guna setting auto. macam mana nak enjoy ada benda yang berat gantung kat leher.

heh, aku pula. lebih suka guna camera digital compact. point and shoot. boleh muat poket seluar. oh, dah aku suka kamera analog. film is love.

A.C.E said...

wei asal x beli speedlight dlu ! ades !!!!