Assalamualaikum.
Apa Khabar.
Hari terakhir ramadhan baru berpuasa. Eh salah!
Hari terakhir ramadhan baru update blog.
Disaat blogger-blogger lain mengucapkan Salam Aidilfitri serta pengumuman merehatkan blog untuk satu-satu jangkamasa kerana di kampung tidak dapat beratas-talian (online lah).
Saya? Macam biasalah. Berhari raya di Kuala Lumpur. Atau TGV KLCC. Atau Pavillion.
Dengarnya macam bosan kan?
Hari raya yang saya suka?
BERHARI RAYA LUAR DARI KUALA LUMPUR.
Bukannya tak suka atmosfera Kuala Lumpur. Tapi hari raya akan lebih istimewa bagi diri saya dan mungkin kamu-kamu yang sama beraya di KL kalau di hari mulia ini, dapat merasakan satu atmosfera baru. Luar dari Kuala Lumpur. Eh tapi, Gombak, Selayang mahupun Puchong pun luar dari KL. Luar dari KL dalam erti kata luar dari kawasan Pantai Barat semenanjung Malaysia. Ok? Pergi Pantai Timur pun best. Luar negara lagi best.
BERBALAS BALAS KAD RAYA.
Bukan berbalas sistem pesanan ringkas. SMS. Sekarang sudah jadi trend. Menjimatkan barangkali. Kalau dulu, sekali terima, wajib balas. Kalau teruja sangat dengan isi, kad akan di kirim dan di balas berulangkali. Kamu pernah terjadi macam tu? Sekarang. Hm. Bukan nak kata apa, cuma feel serta 'ingatan tulus ikhlas' itu boleh diragukan. Sekadar tekan-tekan papan kekunci kemudian send kepada contact yang ada dalam telefon bimbit.
SMS raya dah banyak sangat,
Nak delete satu, terdelete semua,
Hari raya baru nak ingat,
Kawan apa ini namanya?
SMS tersebut sekadar untuk mencari gaduh mahupun bersengketa di Aidilfitri. Alah, apa salahnya. Sekurang-kurangnya kawan kamu masih mengingati kamu.
MAKAN MAKAN
Ha. Yang ini tak perlu dihuraikan panjang lebar. Tapi selain makanan tradisi yang biasa saya lahap di rumah atau di rumah terbuka, saya juga suka makan makanan yang saya tak pernah atau jarang dapat makan. Contohnya, raya lepas saya makan nasi dagang dengan ayam percik apekebendetah di rumah rakan sebaya. Atau kuih raya pelik-pelik. Bukan nama kuih raya yang pelik tapi kuih yang tak pernah saya jumpa. Resepi baru. Seperti semprit choc chip, kek lapis jelly strawberry serta lain-lain.
BERGAMBAR
Saya tak suka bergambar. Tapi bila tiba hari raya, saya terkadang serah diri pada lensa. Bukan selalu pun. Saya bukan suka ambil gambar sendiri di cermin mahupun di dalam kereta sambil pakai seat belt dan cermin mata hitam.
Sehingga ini buat masa ini.
Oh ya, jadi pengikut saya. Kerana kamu lah kekuatan saya.
Nama saya bermaksud kekuatanku dan penyokong-penyokongku.
1 comment:
salam lebaran dan ziarah..
saya juga beraya di KL seperti tahun2 lepas.. best ape..? hehe
Post a Comment