Thursday, October 02, 2008

Bagaimana Dengan Hari Raya Pertama? Saya kenyang.

Assalamualaikum.

Apa Khabar?


Bagaimana dengan hari raya pertama?
Segala yang dirancang berjalan dengan lancar seperti keadaan trafik yang bergerak lancar di lebuh persekutuan sehari dua ini?

Walaupun baju saya sedikit besar potongannya tahun ini, tapi keseluruhannya menyeronokkan.

Apa yang mencergaskan saya di pagi-pagi hari adalah kewujudan bergedel (masih keliru dengan ejaan sebenar makanan ini) tidak lupa juga soto ayam masakan tradisi hari raya. Tidak dilupakan ketupat daun palas. Memang syurga (Heaven).




Webcam dengan mereka-mereka di US satu lagi pengalaman baru di pagi raya. Alah, tahun ni je pun kan.


Sesi fotografi, dah jadi upacara tahunan. Kali kedua beraya dengan kamera berlensa tunggal. Cuma tahun ini ditambahkan seri dengan senjata yang tak berapa nak ampuh (pinjam istilah beliau) iaitu flash gun dan telelens kesayangan hamba.


Oh, ada satu benda yang kurang.


DE: Raya ni takde kek ke?
KJ: Bahan-bahan buat kek dah habis.

Encik Pundak. Kek ada lagi?


Apa-apa pun, Selamat Hari Raya semua pembaca senyap mahupun tak tahu nak senyap. Maaf Zahir Batin.



Amaran: Singkatan KJ dalam tulisan ini tidak ada kena mengena dengan menantu, peralihan kuasa, perebutan jawatan dalam majlis tertinggi mahupun Maya Karin.

4 comments:

iXa said...

KJ ialah dirikus.

encikpundak said...

kek sudah abis

ameirul azraie bin mustadza said...

saya kenyang juga.dah gemuk kembali.sobs sobs.

azrey said...

ixa: ya dirimus yang hudus. eh tidak. auto-typed.

encikpundak: sob3. pasti dibaham adik beradik yang lebih besar drpd pundak.

ameirul azraie mustadza: huu. saya maintain (gemuk). oh ya, saya ada kawan nama ameirul, azraie dan mustadaza(o)