Friday, October 03, 2008

Hari Raya Ketiga saya membaham ayam dan keli bakar. Kamu?

Assalamualaikum.
Apa khabar?

Diharap kamu-kamu sihat dan masih bertenaga untuk rumah terbuka seterusnya.


Hari ini, hari raya ketiga memberi beberapa pengalaman baru dalam hidup. Antaranya termasuklah, menjejakkan kaki ke Klang Bandar Diraja, lebih tepat lagi, Jalan Kebun atau lebih tepat lagi, dekat tadika, dekat surau : Rumah Encik Pundak.


Perjalanan dari KL Sentral bersama Ixa Si Pembuat Kek dan Masen Si Jahat Bergaya sangat mengujakan. Apa kata kita biarkan gambar yang bercerita. (Nota: Bukan semua gambar di ambil oleh saya ok.)



KL - KLANG (1745pm- 1920pm)


"Jauh perjalanan, sesat lah tu"


Fasyan, pertama kali jumpa. Seronok berbual dengan kamu. Obsesi yang hampir sama barangkali. Cuma saya yang hampir-hampir obesiti.


Fariz / Kong, juga pertama kali jumpa. Tambah seorang lagi seorang kenalan UTP. Oh, juga blogger dari UTP. Sama seperti Fasyan.


Si Pemijak Pedal, terima kasih kerana menumpangkan. Kami.


Kala perbualan rancak mengenai lensa dan mesin. Tak apa, kamu juga suka kamera. Camwhore. Erk.

Hos hari ini (semalam). Terima Kasih. Ayam serta keli bakar sangat mempersona. Sehingga menjliat bara bbq. Terima kasih sekali lagi.


Terima kasih untuk pengalaman hari ini (semalam). Teruja mengenali kalian semua. Esok lusa kita jumpa lagi ok? Oh, follow blog saya. Ok?


Eh, Encik Pundak, tolong kirimkan nombor telefon salam kepada gadis yang berbaju... eh. Tak apa. Nanti kita YM. Bukan apa, saya terlanggar lutut dia tadi.

5 comments:

Anonymous said...

sangat gembira melihat saudara azwie bersama ma baker dan simasen berziarah ke rumah pundak.

harapnya ayam dan keli semua sedang dicerna dengan baik oleh intestine saudara. oh btw, saya hanya makan lontong hari ni. itupun begedel yg lebih. juga 5 bungkus tapai. belum ke tahap mabuk tapai.

akhir kata, saya tumpang gembira bila lutut saudara berlaga. mulakan dengan berlaga bukan?

salam aidilfitri.

mrfusyi said...

curiga, terlanggar lutut atau desengajakan berlanggar. inisiatif untuk mula perbualan.tak apa, aku faham.hahaha~

nk langgar lutut jugalah lain kali, berharap tidak longgar.(-_-!!)

encikmasen said...

oh..kaki kiri pijak klac..(walhal tensi kerana kaki dipaparkan, bukannya muka)

Fariz Azhar said...

dari lutut naik ke hati...tak begitu???

azrey said...

1:
yaya. proses pencernaan berlaku dengan apekemendetah istilah tu tak ingat dah. yang saya igt, proses persenyawaan.

huhu. tu lah. sekadar berlaga. terlupa untuk jatuhkan kertas bertulis nombor telefon.

mrfusyi:
haha. perbualan yang tidak kesampaian kerana KESAS memanggil2.

tak apa, mahu laga lutut, apa kata main ragbi. tapi, lutut lelaki lah. ok?

encikmasen:
wakaka. kaki juga anggota yang menjadi tarikan bukan? oh, tetapi itu kaki perempuan.

fariz kongz:
wow. dari lutut naik ke hati.
harapnya lah. tp akibat beberapa anggota yang besar, proses tersebut mungkin berlaku dengan sangat perlahan.