Sedar atau separa sedar, Disember ini, masuk tahun ketiga penerbitan blog ini di dalam dunia maya. Sejauh mana blog ini menyumbang kepada masyarakat, saya kurang pasti. Tapi niat hakiki saya untuk menerbitkan blog ini, bukanlah untuk kepentingan sejagat seluruhnya.
Sekarang, saya sedang bercuti dari pengajian semester yang saya sifatkan sebagai paling menyesakkan sepanjang tempoh saya mengaji.
Walaupun cuti saya tidak pula menonjolkan kepada rakan-rakan di YM atau MySpaCe^ dengan status-status yang berbunyi seperti berikut:
- BoWsAn DoWh CuTI NieR~
- JoM HanGoUtZz kLcC
- Epi OliDay oLzz
- cuti. lol
- TakOwT dOw rEsUlt Na kuaR
Serta banyak lagi.
Apa yang pasti, walaupun pengajian serta direhatkan buat sekian-sekian tempoh, saya tidak akan pernah benarkan diri saya daripada berehat daripada mengarah kehidupan ke arah yang lebih sempurna. Siapalah saya untuk berehat. Lain lah kamu-kamu semua bukan.
Oh, kamu tahu apa itu Undang-Undang Penarikan?
4 comments:
wow! bestla blog ni(ibarat first time bc blog ni)
apa tu undang-undang penarikan? oh ke law of attraction?
salam aidil adha abang ittewww..
wow.. kak dai..
law of attraction lah tuu kak alin..
hi en_me selamat hari raya. siapa kamu?
Post a Comment