Thursday, April 16, 2009

bZ dOwh SkUnK nIE~

Salam dan Hai.

Bertemu kembali setelah berulang kali kamu-kamu terpaksa menekan punat 'x' di bahagian atas kanan tetingkap setelah percubaan mengakses blog saya ini gagal.

Tak perlu rungsing lagi. Hari ini, blog saya telah di buka semula dengan wajah yang lebih suci. Sesuci cintamu.



Sehari atau dua yang lalu, saya menemui persoalan makna sibuk (busy) yang sebenar dari seorang yang layak saya panggil abang.



"Sibuk adalah situasi apabila kita tidak punya masa untuk berkata 'sibuk' " -
Abang R.




Serius. Tepat. Tidak seperti pelajar-pelajar mahupun pemakan gaji pada masa kini, terhegeh-hegeh buat kerja last minute, jaja ke'bz'an di MySpAcE, YM mahupun Facebook atau blog.



Bercerita tentang ke'bz'an tersebut pun sudah ambil masa 2 ke 3 jam untuk habiskan satu penulisan. Hehe.



Tapi yang mana sibuk benar tu, tak kisahlah kan.



Segalanya adalah soal pengurusan masa. Mana keutamaan yang perlu diutamakan. Ambil gambar sendiri sambil pakai seat-belt atau siapkan kerja-kerja yang belum lagi terlunas.



Anda tentukan.

Al Fatihah buat Ayah. Sebulan telah berlalu.

2 comments:

jojie-elle said...

wow!

1 said...

tuntas sekali rumusan sawdara azwie. moga dikurniakan kekuatan menghadapi hari hari sibuk mendatang.

Al-Fatihah untuk ayahanda.


*status ym penulis ketika menaip komentar ini ialah 'i bz u oLzz'*