Friday, April 24, 2009

Tag Heuer, Tak Berdetik Lagi.

Tag Heuer, Tanpa Detik
Jam ini
aku perhatikan langit mendung bercorak pawana.
Pantulan Laut Cina Selatan.
Pukulan bayu mesra menggangu jiwa celaru.
Permaidani halus ini tidak sama lagi.
Kerana nyata ragaku tidak berpijak di bumi.
Minit ini
aku perhatikan rintik hujan merejam pasak bumi.
Berlari aku ketengahnya. Basah.
Bersama kaca terluka dari mata yang biasa.
Luka direntap masa yang mengganggu.
Saat ini,
Aku di sini pasti tanpamu.
Peneman rasa cinta,
Penenang rasa gundah,
Pembujuk keasyikan masa.
Tag Heuer kamu.
Detik ini.
Jarumnya tak berdetik lagi.
Detik ini.

Azrey,
0647PM
24 April 2009
KL.

No comments: