Saturday, May 09, 2009

Emak Saya

Saya curi sedikit masa untuk menulis karangan istimewa, entri ke 200 ini.
Seistimewa mana insan dalam tulisan di bawah yang menemani saban hidup saya.

Seawal lidah saya mula lembut untuk berbicara, saya gunakan label ‘Mak’ untuk si dia yang melahirkan saya ini.

Lahirnya dia ke dunia, entah berapa dekad yang lalu, cukup istimewa. Bukan di Malaysia. Tapi sebaliknya sebuah perkampungan arab di tanah suci Mekah. Ketika ibu dan ayahnya sedang melangsungkan haji. Kalau tak percaya, tengoklah IC dan Birth Certificate dia.

Dia dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sangat mementingkan ilmu serta pelajaran.
Banyak yang dia ceritakan tentang bagaimana kesanggupannya belajar tanpa bekalan elektrik atau siapkan kerja sekolah sambil mengaut daun-daun kering di halaman rumah.

Awal remaja, dia sudah mewakili negeri Perak bersama beberapa rakan lain yang terpilih untuk menyambung pengajian di salah sebuah sekolah Melayu perintis ketika itu iaitu di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bharu.

Pahit, manis usia remajanya dihabiskan di sekolah penuh bersejarah ini. Malah, cinta pertama dan terakhirnya berputik di alam persekolahan. Dan pastinya, cinta itu terus mekar di hatinya hingga ke saat ini.

Apa yang saya kagum tentang dia, tak cukup tangan untuk saya senaraikan. Seistimewa mana dia pun, tidak terhurai. Yang pasti, kasih serta perhatiannya terhadap saya dan kami semua, sedikit pun tak pernah terlerai.

Hari ini, hampir 36 tahun dia menjadi seorang pengasuh yang mengasihi anak-anaknya yang pelbagai ragam tanpa sebarang cacat cela. Sedikitpun tidak.

Kadang, mengapa rakan-rakan di kolej hairan mengapa saya hilang sekejap pada waktu tengahari, sebab saya curi masa untuk makan masakan air tangan dia yang tiada tandingnya. Tambah-tambah kalau macam dulu-dulu masak nasi lemak pada hari minggu. Yummy…

Sebab tu lah keluarga kami, sihat-sihat belaka. Tengok saja abang dan kakak saya. Err

Hari ini sejauh Kepulauan Mauritius atau Kota London sekali pun dia biasa merantau, hatinya tetap di hati kami.

Dia seorang yang mengikut perkembangan teknologi juga.
Seorang rakan, terkejut bila mendengar kisah tentang dia yang tahu dan mahu berYahoo Messenger. Hehe. Cuma Facebook je yang belum di teroka. Complicated sangat katanya.

Perjuangan sayap kirinya menemani insan tercinta hingga akhir hayat, setianya tak terungkap dengan hanya kata atau air mata.

Masih segar dalam ingatan saya bilamana di hari kepergian ayah, saya terjenguk dia mencium kepingan kad pengenalan yang bakal dipulangkan kepada Jabatan Pendaftaran. Ketika itu, hampir saja deras turun air mata ini. Tapi kolam matanya sedikitpun tidak bertakung. Tabahnya dia.

Hari ini, didekasikan untuk dia. Insan paling atas dalam Senarai Insan Paling Istimewa Dalam Hidup Saya.

Kepada dunia, dia hanyalah seorang insan yang biasa,
Tapi kepada saya seorang insan yang biasa, dialah dunia.

Selamat Hari Ibu, Mak.
Terima Kasih atas segala kasihmu selalu.





p/s: Nanti cerita pasal emak mertua pula. Entah bila. Lol.



4 comments:

iLLy said...

this is a beautiful entry...

jojie-elle said...

pergh..ko slalu wat citer sedey.. tp yup..it's true..mak ko mmg best! hihi happy mothres day kt mak ko jugak..

Anonymous said...

ustad mmg pakar wat cte sedih kan....
tp mak kamu mmg hebat.....
jaga dia seluruh nyawamu k...




-ur fren, A

Ameirul Azraie Bin Mustadza said...

Nice pic. KLue Urbanscapes 27 Jun ni kat KLPac. Datang la, mesti bole amik byk gmbr menarik.