Friday, June 19, 2009

Sebuah Blog, Sebiji Update

Tidak tenteram rasa hidup ini. Manakan tidaknya, tiba saja di kolej atau mana-mana tempat awam termasuk tandas awam saya disapa,

“A, bila nak update blog ni?” (saya hanya gunakan A, bukan nama sebenar kerana ramai di kalangan anggota masyarakat yang keliru diantara saya dengan Afgan Syah Reza, seorang penyanyi dari seberang)

Hari ini, kehampaan tuan/puan sampai ke penghujungnya.

Macam mana temubual saya di Astro Awani tempohari? Ok?

Tinggal lagi tambah tolak satu bulan untuk Pesta Warisan Kuala Lumpur 2009 (PESAN KL 09). Macam berkira-kira hari nak kahwin pula rasanya. Berdebar-debar. Eh. Macam biasa pula kahwin.

Kalau orang nak kahwin, hari makin nak dekat, mereka akan ambil cuti menanti hari, tapi kalau saya ambil cuti menanti event ini, matilah saya dan kami semua.

Mahu tak mahu, saya mesti berkahwin juga.

Eh Silap.

Mahu tak mahu, acara kami perlu berjalan seperti yang dirancang, sempurna dengan izin Beliau yang Berkuasa.

Mendekatkan diri dengan perkara-perkara warisan, adat serta budaya ini sebenarnya membuatkan saya sangat-sangat teringatkan ayah yang tak pernah lokek memberi idea spontan berkaitan warisan budaya ni. Anak jati Johor lah katakan.

Ingat lagi, ayah kalau sebut saja nama lagu-lagu lama, terus saja terdendang dari bibir beliau. Saya tahu tajuk sebenar lagu yang saya gelarkan lagu ‘Pukullah tabuh..’ dalam filem Madu Tiga pun dari ayah; Gambus Jodoh.

Klasik Nasional tu memang confirm lah siaran utama. Nak tukar frekuensi, mulalah dia bising. Melenting. Hehe.

Seronok sebenarnya mendekati warisan dan budaya. Sesekali, apa salahnya naik ke daratan kan? Lama sangat di laut, takut tak tertahan di lambung ombak. Tak ada akar nak berpaut ye tak?

Bak kata orang-orang tua, (tidak termasuk orang tua kutuk tak sedar diri)

Adat diisi, janji dilabuh.

1 comment:

nAz said...

pukul laa lalat.. pukul laa lalat!

tang..tang..tang tararaa tang! =p