Friday, June 26, 2009

100 dan terus berlalu...


SATU


Masing-masing sudah tiada isi bual untuk diungkap.

Mereka sama-sama terdiam. Mengacau-ngacau ketulan ais bersalut sisa minuman. Dengan penyedut minuman di tangan.

Sekejap-sekejap, mata mereka meliar masing-masing memerhati segenap isi restoran kayu itu.

Ada dua atau tiga pasangan lagi di ceruk sana dan sini. Ada juga sekumpulan awal dewasa sedang bergelak ketawa di kaki lima luar sana dilatari tempias gerimis.

Your.. err… your father dah berapa lama ya pergi? F buka bicara kembali.

A diam sekejap, “Jumaat ni masuk hari ke seratus”.

Sama terdiam kembali.

* * *

DUA

“Singgah jap, nak beli card” ajakan M membuat A turut terarah ke sebuah kedai cenderamata.

Birthday siapa?” A tanya M.

“Kad untuk ayah aku la. Father’s Day kan Ahad ni. Lupa ke?” M balas.

A angguk mengiakan.

“Eh sorry, aku…” M cepat-cepat balas.

“Tak ada apa apa lah” A potong dalam senyum.


* * *

TIGA

AS: What is sayang and cinta? Where should me apply those?
A: Sayang dan cinta adalah dia. Untuk dia. Cepat sebelum terlambat :)

***

EMPAT
Benar sekali madah dalam Merisik Khabar, rangkap pertamanya. Kesakitannya masih lagi terasa. Biarpun hanya sekali sekala.. Seratus hari tanpa pesan, dan terus berlalu.

Sayang Ayah.

3 comments:

jojie Oh! said...

be strong! aku tau ko boleh..

p/s : kurangkan buli aku mesti kau boleh ;p

[ AlexumaR ] said...

he would be proud of u azrie .

kamu anak yg baik

azrey said...

:)