Tuesday, November 24, 2009

Jenis-Jenis Status di Facebook

Jenis - Jenis Status di Facebook.

Facebook pada hari ini sudah menjadi satu gaya hidup masyarakat di seluruh dunia.

Berdasarkan pemerhatian, hari ini, mari saya kupaskan jenis-jenis tatus yang dipos rakan-rakan di Facebook berserta contoh dan huraian mengenainya:


1. Status Aktiviti Seharian


Contoh Status:

Good morning ols! I baru lepas mandi wajib. Tengah sarung seluar ni... atau, Online at Starbucks Kuala Langat...

Huraian:

Tiada huraian lanjut. Individu sebegini mungkin memudahkan stalker atau penyiasat persendirian mengawasi aktiviti sehari-hari. Awas!


2. Status Lirik/ Tajuk Lagu


Contoh Status:

Can you meet me half cup, Right at the boarderline, That's where I'm gonna wait, for you... atau Rinduku Terhentak...

Huraian:

Lazimnya status akan ditaip dengan gAyA sEBeGiNi dan dibalas dengan komen-komen dari rakan yang berbunyi seperti 'jiwang siot' dan yang sewaktu dengannya.


3. Status Berahi Asmara


Contoh Status:

I want my cyg bushuk now.. atau Till the end awak... atau r.i.n.d.u

Huraian:

Majoriti dipos oleh kaum hawa. Terdapat juga yang lebih spesifik dengan mengetag (@NAMA) nama teman lelaki masing-masing. Komen-komen yang dibalas, kalau dari lelaki, ayat-ayat yang biasa adalah seperti "rindu sape tu.." atau "whos tat lucky guy..."


4. Status Formalis dan Ilmiah


Contoh Status:

Bagaimana untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan? (how to make graduates more employable?)

Huraian:

Kalau individu ini masih belajar, barangkali mereka pemimpin pelajar. Atau isu-isu yang dibangkitkan adalah soalan assignment tertentu. Komen yang dibalas juga bersifat akademik. Respon-respon membina dan saling bertelagah pendapat.


5. Status Ekspresi Abjad

Contoh Status:

Hmmm... atau Argghhhhh!!!

Huraian:

Erm...


6. Status Emosi

Contoh Status:

Bab* betullah dengan line malam ni... Cut your head lah! atau Kenapalah hidup aku mcm ni... layakkah aku untuk dia?

Huraian:

Di sini dapat kita lihat balasan-balasan lebih bersifat membina dan menasihat supaya bersabar dan bawa mengucap. Ada juga rakan beragama lain disuruh bersabar dan bawa mengucap.


7. Status Fanatik

Contoh Status:

OMG! Beyonce jd datang Selayang Mall!!! atau Yay juz bought new pack of Mee Maggi ade gamba Namewee!!

Huraian:

Individu yang mengepos sebegini 'alert' terhadap gig/concert/party/movie yang melibatkan selebriti pujaan mereka. Ada juga kebarangkalian besar gambar profil mereka adalah gambar selebriti tersebut.


8. Status Bajet Bz

Contoh Status:

Sowie lew u guys, lately i bz gile ngan assignments, swimming, classes, exam, test, lab bla bla...

Huraian:

Padahal di Live Feed memanjang post update Sorority Life. Kalau Bz gilew jgn online. Ok?


9. Status Wabak

Contoh Status:

Headache... atau batuk+demam+selsema+cirit or die?

Huraian:

Kalau lelaki yang balas komen kepada perempuan, tentu keluar ayat-ayat caring daring darling seperti "nak i tlg picit ke..." atau "i bwk u g klinik nak?"... bertambah headache dibuatnya.


10. Status Puitis dan Metaforik


Contoh Status:

Pungguk, hantar aku ke bulan. Aku mau teropong isinya atau perit bibir buritan.

Huraian:

Kalau tidak mengekstrak karya pemuisi, si pengepos pasti ada jiwa sastera, seni, tak tahu luahkan perasaan secara terus. Berahinya pada kata-kata pujangga membuatkan ramai rakan yang membalas komen tidak dapat membaca maknanya. Lantas bertanya, b*rit apa weh?


10 dahulu. Ada lagi? Boleh tambah.


Sekian buat masa ini.

10 comments:

{ uMy } said...

Dik E..
haha..malang kek da tggl separuh..
nk tag blik blog ni~

azrey said...

hoh. what the cake cik kak umy?

huhu.

sila2

Azrul Hisham said...

lama tak mengomel kat blog ni....tertunggu2 posting terbaru...hehe

azrieizham said...

tuan azrul: wow... mengomel di blog yang comel ya.. jgn la tertunggu2 malu taw.. :P

jojie Oh! said...

ketawa.. huhu

jojie Oh! said...

ketawa.. huhu

azrieizham said...

ok jojie. jgn ketawa lebih2.

aku si pencerita said...

hahahahaha... sengal...

Dyana/Nadia/Dai/dizzy said...

akak slalu kasi status emosi.kat fb je nak complain pun.kat luar nak complain org meluatr plak.

Anonymous said...

Menarikmenarikmenarik!

Status ke-11,

Pengumuman:
Esok ada main futsal, jam 10:00 kat [tempat biasa]. Ajak kawankawan skali. -TQ!

Huraian:
Buleh jadi tempat pengiklanan nih!