Monday, December 14, 2009

Fenomena Blog dan Si Penulisnya

1. Di luar sedar, pejam celik bulan Disember datang lagi. Menggenapkan usia 4 tahun saya sebagai seorang blogger. Di sini. Di laman ini.

2. Melihat pada hari ini, menulis blog menjadi satu budaya yang tiada asing dalam komuniti kita di Malaysia. Blog- blog timbul bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Oh, atau timbunan sisa-sisa pepejal di tapak pemusnahan sisa pepejal.

3. Mengapa saya berkata yang sedemikian, saban kali saya berjalan-jalan di sekitar blog yang wujud di alam maya ini, meluat bertambah meluat, menyampah pun tak kurang. Ada beberapa faktor utama yang menyokong hujah saya mengapa lebih banyak ‘blogger sampah’ pada pemerhatian saya yang rabun ini;

4. Fenomena Follower: Masa saya mula-mula menceburi alam blogger satu masa dahulu, masa itu, Evan William masih belum memperkenalkan widget ‘Follower’ yang ada pada hari ini. Hari ini, blog diikuti bukan diikuti kerana kandungan, sebaliknya sesebuah blog diikuti kerana mahu satu kuanttiti ‘follower’ yang ramai. Senang cerita, ‘kau ikut aku, aku ikut kau’. Cukup ada 166 follower tanpa sebarang pos bermanfaat untuk 166 orang tersebut.

5. Kandungan Salin dan Tampal: Tidak salah menyalin tampal sesuatu artikel untuk berkongsi informasi tanpa meninggalkan sumber asal. Namun, sebagai seorang blogger yang baik, hurailah sedikit sebanyak mengenai artikel tersebut. Meluat juga terkadang apabila melihat lirik-lirik lagu seperti mEYeNTap MatAmU~ dan lain-lain ditampal sebagai kandungan tanpa sebarang ulasan lanjut mengenai perkaitan lirik dengan penulis blog.

6. Gejala ‘Klik Nuffnang’: Nuffnang adalah syarikat pengiklanan yang memberikan para blogger untuk menambah pendapatan melalui program pay per klik. Tidak ada apa yang salah mengenai program ini. Yang menyakitkan mata apabila ada saja ayat ayat seperti “salam ziarah. Klik” yang naik di shoutbox. Mula-mula blur juga apa yang hendak di klik, lama kelamaan barulah faham hasrat si blogger- blogger pengemis ini.

7. Blogger lagak selebriti/ Separa Matang: Nak kata selebriti, tak pernah pulak keluar Channel E, URTV mahupun er.. Zee TV. Tapi gaya penulisan, ditambah dengan gambar-gambar yang diambil sendiri di tandas-tandas hotel terkemuka semasa menghadiri majlis makan malam ada gaya Diva. Ada juga dikalangan mereka ini, yang meletakkan satu notis di bahagian tepi blog; ‘kepada sumew GF~ JaNGan iNGat aKu NaK rAMPAZ Ur bOyFIe Cuz I aDeW My BaBy~ Motif?

8. Itu sebahagian saja, dalam banyak-banyak blog, ada jugak beberapa jenis blog yang saya suka baca kerana konsep, falsafah serta corak penulisan yang unik dan tidak membosankan. Contoh- contoh ada terserlah di bahagian ‘Blog Kamu’. Ada juga yang tidak sempat saya muatkan di bahagian itu.

9. Pokok pangkalnya, blogger haruslah bertanggungjawab setiap patah kata yang ditulis. Kerana setiap tulisan, gambar, atau apa saja yang telah dimuat naik ke alam maya, tidak sesekali dapat di selamatkan atau ditarik balik. Mahupun sekiranya kita menutup blog atau memadam pos- pos tertentu.


Sekian untuk kali ini.

11 comments:

Azrul Hisham said...

Pandangan kamu sama macam aku mengenai sesetengah 'blogger sampah' ni... :)

Bet Juliet said...

fenomena follower.
dialog.
'follow my blog, i'll follow urs'..
errmm...
diorang ni tak paham konsep follow kot.

azrieizham said...

tuan azrul:
ya benar. sama samalah kita membanteras gejala ini. :)

bet:
yuppie. mereka gila glamour barangkali.
hmm...

MR.KUMAR said...

Bernas..bijak menyusun kata-kata yang pasti meninggalkan kesan di hati 'blogger' yang taksub dengan apa yang dikritik.

Memang wajar teguran diberikan kepada kalangan mereka yang 'beriadah' di laman blog, dan sekadar mahu menunjukkan mereka mahu memberikan kemeriahan dalam dunia maya ini.

Tahniah diatas kenyataan keras tapi bernas ini.. :)

raudhatul jannah said...

kritik dan kritis. sangat membina. terkesan di hati. mungkin boleh memberi inspirasi untuk membina laman blog yang lebih tepat bukan seperti SS(syok sendiri), tq tersenarai dlm 'blog kamu'. walaupun hakikatnya bahan yg ditulis tidak begitu baik.hehee :D

p/s: tak fhm konsep folo2 dan tak tau nak gunapakai pun. huehuehue ;p

azrey said...

kumaran:

benar. kita ni kadangnya bukan apa,
perlu saling ingat dan mengingati barulah tak syok sendiri kan? ;)

jannah:

huhu. blog anda menarik. simple tapi bermakna.

follow2 tu tak payah paham pun tak pe. kadang menyakitkan hati je. hehe

izzah jalidar said...
This comment has been removed by the author.
nurul cakapcakap said...
This comment has been removed by the author.
raudhatul jannah said...

hahaha. jannah nak comment tp sebanyak 2 kali salah masuk acc (izzah n nurul tu adik laa). nway majulah blog utk semua!

azrey said...

hehe. chumel je jannah.

majulah juga blog jannah!

(kirim salam pada izzah dan nurul)

hehe

simone_kr said...

Blog aku kategori ape eh? Hehe...