Saturday, January 02, 2010

Aduhai 'Duhai Si Pari Pari'

Aduhai ‘Duhai Si Pari Pari


Salam tahun baru buat semua blogger yang ada Nuffnang dan rajin letak enam hingga tujuh gambar sendiri dalam satu-satu posting (tiada sebarang kesalahan di sini).

Semoga tahun ini menjadi lebih baik tirainya dibuka dengan memperlihatkan seribu satu sinar pengharapan dalam hidup untuk digapai semua antara kita.

Semalam saya pergi menonton sebuah filem pembuka dan penutup tirai dunia perfileman 2009 dan 2010. Duhai Si Pari- Pari.

Niat mahu menonton timbul apa bila 5 filem antarabangsa yang mahu ditonton semuanya penuh panggung.

Tambah pula, LJ pesan sendiri kepada saya tempohari agar pergi menontonnya di pawagam. Kalau pergi menonton bersamanya best juga. Er.

Sayang seribu kali sayang, bertih jagung lemau yang dikunyah-kunyah sepanjang 110 minit (tak sampai 110 minit bertih jagung dah habis) penontonan lebih ranggup daripada pengisian filem tersebut.
Coke yang air batunya sudah cair pun tidak setawar filem ini.

Saya pasti cerita asal yang bermain-main di benak saudara Azmi Mohd Hatta lebih gah dari apa yang terpapar di layar perak ini. Walaubagaimanapun, saya puji langkah berani saudara untuk menjelmakan khayalan santai ini.

Que Haidar dan Liyana Jasmay (LJ) dua nama yang sama-sama sedang giat menempa nama di dalam bidang lakonan. Watak Syadon (Que) dan Pari (LJ) langsung tidak dapat saya hayati. Bangun tidur pagi tadi saya sudah lupa yang Que adalah Syadon dan LJ adalah Pari. Kalau filem ini mahu dijadikan titik tolak perkembangan kareer Que dan LJ sebagai seorang pelakon, tidak sama sekali. Ianya lebih menjurus kepada 'penguncupan'.

Antara mahu atau tidak, saya lebih tertawa mendengar gelagat penonton sepanggung yang dari awal sibuk komen tentang 'dress' yang dipakai LJ. Atau gadis di sebelah yang teruja melihat telatah hero satu Malaya, Remy Ishak

Gah benar nama Duhai Si Pari Pari sudah saya ternanti-nantikan sejak menemubual saudara Aemir Khalid (NUORG) pada awal 2009 yang pada ketika itu sedang memasukkan kesan khas latar belakang langit dalam babak Para (HSBC) dan Pari di tangga rumah.


Filem dongeng komedi seperti ini janganlah diharapkan kepuasan daripada penonton kalau imaginasi (atau bajet) hanya boleh mencapai bumbung-bumbung bangunan.


Penonton sudah cukup kenyang menonton Aladdin, Bedtime Stories, Enchanted atau Bruce Almighty yang dongengnya ke tahap maksima. Bukan picisan. Bukan komedi kurang cerdik.


p/s: Inikah salah satu filem jamban yang saudara Ajami Hashim kita tak akan rebiu? :P

7 comments:

Ajami Hashim said...

Salaam Azrey

nih ulasan versi twitter pakcik >> KLIK << pd mlm 24 dec sejurus abe nonton aritu ada 20 poin (tapi kena baca terbalik)

ya! TIADA ulasan di blog! so paham2 jerlah hahaha!

.Nora Kacak. said...

wow! baru igt nk p tgk aritu. tp was2 ja nk tgk pas tgk nama director. huwahauha gle hebat la ajami hashim komen d blog anda! hebat! =] btw tenkiu utk ulasan ini. save duet kuh! hahaha =]

azrey said...

Pakcik Ajami:

Thanks sudi singgah.
Poin rebiu di twitter. Sungguh comel.

Aha sangat tepat poin-poin anda.
Lebih-lebih lagi tentang teko. Deus-ex-machina!



Nora:

Hehe.
Director baru nak naik. Kasi can la kat dia.

Save duit, balik KL belanja saya MCD ok? :p

Bet Juliet said...

yeahh director baru 1st time direct.

act d.o.p filem ni..(dir of photography) mengamuk lepas previu sbb hasil pix jadi hancos..ehemms..

azrey said...

bet:

ahaks. dop dia otai kan. nasrul asraf eh?

erm colour kat screen sumpah x lawa langsung.

videoclip LJ pasal Duhai Si Pari Pari ni lagi lawa. padahal ambik scene2 dalam muvie yang sama je.

Bet Juliet said...

nop.nop..helmi yusof.
nasrul asraf tu art director kot?
kesian dia do...dia dop papadom gak.aritu tgk status fb dia bengang jek.

azrieizham said...

i see.. helmi yusof.
tu la.. impian nak buat cerita fantasy dah ada.

tatau la tang mana. tp filem malaysia ni, bajet la slalu membantutkan.