Thursday, December 31, 2009

Produksi Hidup - Babak Paling Diingati 2009

Sesudah mandi tanpa basah.

Aku sarung John Master hitam pemberiannya.

Aku turun, lihat ruang hadapan tidak seperti biasa.

Aku tarik satu bangku putih duduk bersama sekumpulan mereka. Di luar pagar.

Hening benar subuh itu. Segenap alam seakan terhenti seketika. Memberikan aku ruang dan peluang untuk memancarkan seribu satu kenangan pada langit.

Terus aku merenung langit hitam yang penuh dengan warna warni kenangan dua dekad bersama.

Aku sengaja rendahkan frekuensi perbualan mereka yang hadir subuh itu. Jiran-jiran serta handai. Lebih aku amati azan fardhu Subuh yang jarang-jarang aku hayati. Dengari. Kerana selalunya masih aku lena beradu dalam mimpi.

Faham benar alam tentang aku dan perasaanku ketika itu.

Memahami satu rasa rindu yang baru tiba.

Memahami tentang kehilangan yang baru sahaja bertandang.

Kosong benar kosong.

Hilang benar hilang.

Hitam langit sekosong kehilangan ini.

Bingkas aku bangun, masuk ke ruang mini itu,

Sujud aku bersama sejadah yang basah.

16 Mac 2009
0404 pagi

(Babak itu paling diingati dalam sejarah produksi hidup tahun ini)

Al Fatihah.

2 comments:

Salik said...

Al-fatihah. Kuatkan semangat dik e!

azrieizham said...

huhu. alap pun ada dalam babak tu!

no problemo.
cheers for new year!