Dan Dirgahayu Peperangan
Keangkuhan adalah hadiah terindah
Pada hari jadi mereka
Yang setiap hari adalah tiada
Kerana kelahiran pada mereka
Bererti sia- sia
Senyum dan tawa rejim tanpa musim
Adalah wayang gambar
Yang jenakanya adalah
Darah dan amarah
Kerana rigidnya mereka
Membeli harga diri kami
Peluru dan bedilan
Adalah sebuah
Penghakiman
Yang mana pernah ada adilnya
Biarkan siang hari mereka berterangkan kegelapan hari esok
Biarkan...
Biarkan...
Biarkan...
Biarkan?
Biarkan...
Biarkan...
Kerana penantian mereka,
Entah apa.
Dan
Dirgahayu peperangan!
Azrey
Jun 19
Galeri, Wisma KBS
No comments:
Post a Comment