Waktu Tak Terjejak
Dalam lena antara tidak
Denting waktu itu cukup membingitkan
Gulirannya berlalu seakan ada rasa terpaksa
Mengiakan kata semalam yang tak pernah pun berbahasa
Dalam bena antara tidak
Suara-suara itu aku endah seakan bisu
Jerit pekik yang terancung ke atmosfera
Samar samar saja di gegendang ku
Entah apa lagi yang aku mahu
Selain menyayanginya
Entah ke mana lagi mampu aku tuju
Selain bersamanya
Entah bila waktu-waktu itu akan
Menyongsang dan berpihak kepada kita
Sayang
Bukan apa
Cuma aku
Rindu
Pungguk pun tak begitu
Saban awan malam menutup mata purnama
Bukan,
Cuma
Aku terlalu sayang
Meninggalkan hari-hari
Merelakan sebuah keterpaksaan
Cuma sayang dan rindu itu
Rasanya bagai
Disentap nestapa
yang tak terungkap
dan mana mungkin terucap lagi
Kepergianmu yang abadi itu
Hanya aku yang terus menanti di sini
Menyirami pusara
Dengan air mata tanpa harga
Dengan surah-surah
Yang terlalu mahal untuk digadai
Pada waktu-waktu yang mana mungkin terjejak lagi.
Azrey
20 Mac 2010
KL
No comments:
Post a Comment