Seraut Wajah Terindah
Selalu juga sebenarnya
Dalam senyap-senyap
Atau keriuhan
Serta dalam kederasan masa yang tak terkejar
Aku hentikan seketika waktu
Untuk menatap wajahnya.
Selalu juga sebenarnya
Dalam ramai- ramai
Atau sendirian
Serta kekosongan hari- hari yang penuh isinya
Aku sempurnakan pandangan ku
Pada seraut wajah terindah mu
Tanpa sedikit pun jemu
Kerana selama ini,
Aku terlalu terlalu bakhil untuk itu
Kerana hari ini,
Aku akur tanpa sedikit pun ketidakpastian
Wajah itu adalah yang terindah,
Dan hari ini,
Hanya bingkai- bingkai usang memotretkan wajahmu
Begitu juga hatiku.
Sebagai pengubat rindu.
Azrey,
Nisfu Syaaban
Sesudah mendapat tahu mesyuarat itu ditunda. Lagi.
No comments:
Post a Comment