Taman Taman Hegemoni
Oleh: Azrie Izham Hamzah
2030
Ahmad, atau Cikgu Ahmad ditemani dua tiga orang pelajarnya baru selesai mengetuk paku terakhir papan tanda selebar empat atau
Sekolah Menengah (P) Taman Hegemoni, Politik Bharu – Itulah perkataan yang tersergam tulisannya pada papan tanda tadi. Abjad ‘P’ dalam kurungan bukan membawa definisi ‘perempuan’, ‘perpaduan’ atau ‘pemulihan’. Sebaliknya, abjad ‘P’ adalah lebih tepat untuk ‘Politik’
Dua atau tiga minggu lalu, Parlimen baru sahaja membuat pindaan terhadap sistem pendidikan kebangsaan. Sekolah- sekolah yang menggunakan agama sebagai label serta teras pengajian, dimansuhkan serta merta. Pengajaran dan pembelajaran Menurut Dato’ Dr. A, Menteri Pelajaran dan Pendidikan Politik yang menulis pada blognya, rasional pemansuhan sekolah-sekolah agama adalah bagi mengelakkan wujudnya partisipasi serta pengaruh golongan muda dalam persatuan-persatuan agama yang berunsur militanisasi dan sentimen anti- agama. Ini soal keamanan dan keharmonian rakyat. Biarlah politik yang menghegemoni teras pembangunan agama dan pendidikan. Pasti lebih aman dan stabil.
Universiti Politik Antarabangsa
Tanjung Populisme, Politik Bharu
Salinan makalah bertajuk Politik Baru tulisan Professor L dan Professor J yang ditulis 3 dekad lampau menjadi rujukan kuliah subjek Memahami Politik Baru yang dikendalikan Professor B. Professor B, sebelum dia bergelar professor lagi cukup terkenal suatu masa dahulu sebagai Speaker Dewan Parlimen Mahasiswa pertama semasa penubuhan parlimen mahasiswa 30 tahun ke belakang. Pernah juga dia ditarik dan dihalau keluar semasa parlimen sedang bersidang. Maklumlah, parlimen yang dicipta sendiri, masing-masing lagak berautoriti, seorang-seorang bak cendekiawan pegangan populisme.
Sudahnya, hari ini semua jadi ejen politikus. Semasa zaman itu, developmentalisme serta roh-roh invidualis-konsumeris sudahpun disuntik sedikit demi sedikit kepada golongan belia yang sudah meningkat dewasa ini.
Sumpah seranah dua tiga sahabat sekuliah di baris tiga paling belakang. Tiga bangsa, tiga agama. Sudah tiga jam juga mereka tak keruan berdoa dengan kepercayaan masing-masing meminta waktu dipercepatkan . Tiga jam penerangan mengenai dikotomi bangsa dalam statistik keputusan pilihanraya beberapa dekad lalu, membuatkan mereka bertambah mengantuk.
“Prof, saya ada soalan,” Mahmud, salah seorang daripada tiga sahabat tadi bangkit, semua mata tertoleh ke arahnya. Professor B mempersilakan Mahmud untuk bertanya.
“Bila politik baru nak jadi lama, Prof?”
Professor B terdiam sekejap. Selang
“Bila nanti suatu zaman politikus sudah tidak kenal apa itu wang, mungkin?”
Mahmud mengangguk faham. Walaupun tidak berapa faham.
“Wang…” bisik hati populisnya yang tak pernah didengar siapa.
No comments:
Post a Comment