PADA SATU RAMADHAN
Ketika saf- saf kosong
Serta sejadah itu meminta- minta
Untuk meriba sujud sempurna
Jannah pun masih menanti penghuni yang masih tercari- cari akannya.
Doa yang dipanjati
Selama ini
Adalah kepura- puraan
Kerana tadahannya
Hanya pada telapak dan lengan yang terangkat
Tidak pada kehendak hatinya
Kerana itu entah apa
Yang paling sempurna adalah dunianya
Ramadhan hanya satu entiti yang cukup asing
Atau neraka adalah kisah- kisah terasing
Kerana syurga ada di depan mata.
Dan pada satu Ramadhan hari ini
Seperti yang sudah- sudah
Dia masih hanya mendengar
Dengan dabik dada
Yang pasti tidak akan berhembus
Esok lusa.
Azrey
1 Ramadhan 1431H
Presint 9 Putrajaya
3 comments:
me likey ;)
hihi cik mell. selamat berpuasa and selamat hari raya ye? =)
ape azrey?terbaek :)
Post a Comment