Saturday, October 01, 2011

Jalan Berturap di Simpang Tiga

Jalan Berturap di Simpang Tiga


Jalan berturap di simpang tiga itu berlubang lagi

Bertakung air keruh di dalamnya kerana sekarang ini musim tengkujuh

Saban pagi aku memerhati dari kopitiam ini

Pasti ada saja roda yang terjerumus ke dalamnya.


Pengadu demi pengadu bagaikan bisu

Balai Raya hanya batu tak pernah berlampu.


Hari ini,

Jalan simpang tiga sesak dengan bendera pelbagai warna

Terasa bingit dengan gema manifiestasi

Wajah- wajah yang biasa aku tatapi di tv

Muncul disambut kalungan bunga serta acara.


Jalan simpang tiga itu diturap rapi oleh tar janji- janji

Dan pengharapan kami agar ia tidak berlubang lagi.


Jalan berturap di simpang tiga itu sesak lagi

Jalan berturap di simpang tiga itu berlubang lagi.


Kuala Lumpur

1 Oktober 2011

No comments: