Monday, May 07, 2012

Peperiksaan

Peperiksaan akhir semester akan menjengah kurang lebih seminggu dari sekarang. Dia tidak lagi mahu tersilap langkah untuk semester ini. Tersalah percaturan memilih subjek yang pensyarahnya sifar kredibiliti. Sebab itu diberikannya 'sifar' atau gagal untuk subjek tersebut.

Lumrah. Sekalipun hidup ini ditimbunkan dengan kejayaan yang maha banyak, kita tetap akan mengingati kegagalan, kekecewaan dan putus asa. Dia juga berfikiran begitu, seperti kalian. Rasa sakit boleh hilang, bekasnya mungkin tidak akan ke mana-mana. Dia berazam untuk bangkit. Keluar dari igauan ngeri.

Entah sudah berapa kali lagu Kosong nyanyian Najwa Latiff diulang dengarnya sebagai motivasi. Sampai cengkerik pun terdiam dan berputus asa untuk menyanyi.

Organizer tebal yang dia dapat semasa tersesat ke satu pameran industri marin tidak pernah berusik. Hari ini dia selak. Terus ke halaman May. 7 Mei. Dia mula merangka perjalanan hidupnya. Jam demi jam. Setiap hari sampailah tamat musim peperiksaan.

Sekarang, usai merangka. Tuhan pasti akan menentukan, menilai usaha untuk dianugerahkan kejayaan buatnya.

Tinggal lagi dia yang baru menutup organizer itu, terlupa untuk menutup satu laman di salah satu tab Google Chromenya yang masih ternganga - Facebook!

Notifikasi demi notifikasi dia perhati dalam diam. Sambil scrolling up and down.
Tetingkap Microsoft Word, setia menanti di page 1. Masih putih sejak lepas Maghrib tadi.

Tugasan tertunggak masih banyak lagi.

1 comment:

Bea Adra said...

Moga saja musim ini kita tebus kekalahan lalu. Yang pasti, bukan kehendak kamu tiba-tiba jiwa dihentak oleh kreadibiliti orang kosong. Belajar dari musim lalu. :)