Wednesday, February 07, 2007

tapi apakan daya...

assalamualaikum

untuk makluman secret admirer, hari ini kelas saya dibatalkan. dan tentu sekali akan diganti dengan kejam wal zalimnya tanpa memikirkan kelapangan anak-anak bangsa.

ketika dan saat ini saya sedang mendengar Perpisahan.
Lama sudah saya tidak mendengar lagu ini. Last saya dengar, 29 Disember 2005 barangkali.
saya terpanggil untuk mendengar lagu ini apabila saya terbaca liriknya di blog seseorang.

tapi saya dengar yang versi otai. kumpulan revolvers.


itulah peristiwa yang ku alami
alangkah seksanya diriku
kucuba dan kucuba
untuk bersamanya
tapi apakan daya
tak upaya
betul orang kata (padahal saya yang kata), waktu perpisahan merupakan waktu paling kita ingat detik pertemuan. masa bertemu, kita tak pernah terfikir bila kita akan berpisah.
terdiam sekejap.
oh ya, berikutan tragedi ngeri sim saya di reject pada minggu lalu, saya dengan rakusnya telah membelanjakan rm10 untuk sim DiGi. 014.
setelah meneliti phone book, terdapat dua atau tiga orang sahaja yang memakai DiGi. termasuklah puan zamzam (guru kimia saya dahulu) dan beberapa makhluk lagi.
DiGi amatlah saks. menelefon careline DiGi pada malam hari, pasti disambut dengan surat cina pelat
"time kaseh kerane ko beli sim DiGi ni
padan muke ko
mesti ko beli sebab minat kan orang kuning tu kan
sume tu gimik je lah wei
aku pon tak pakai DiGi tau"
Lebih kurang begitulah suara cina tu memberitahu bahawa akan berlaku gangguan perkhidmatan dari jam 10 malam hingga waktu korang terjaga dari tidur. (tidak termasuk terjaga di malam hari untuk pergi kencing)
Tapi tak mengapalah... guna untuk tujuan penting je (hak tuih)
Tapi betullah... nak sms dengan siapa pun kan? (ayat pasrah...)

2 comments:

encikmasen said...

ayat pasrah? kah kah kah..pasrah habis..

azrieizham said...

hoho
pasrah...parah...