Friday, August 10, 2007

Lilin Pengorbanan : Antara Kluang dan Darfur.


Assalamualaikum.

Semalam, saya tonton berita. Seperti biasa, ada macam-macam tragedi. Tak kurang hebat, mercedes S Class bernilai 1M musnah begitu sahaja.

Namun, saya lebih tertarik untuk berfikir dan berfikir tentang sebuah tragedi kebakaran yang berlaku di Kluang. Tragedinya mungkin tak jauh beza daripada kebakaran-kebakaran yang pernah meragut nyawa-nyawa manusia sebelum ini.

Kisahnya penuh tragik. Dramatik dan tidak kurang ada ruang-ruang humanistik yang boleh intai dan ditamsil bersama.

Lima sekeluarga terkorban. Dijilat api lilin pengorbanan dua insan yang digelar ibu dan ayah.

Tiga beradik yang telah berjaya lari dari semarak api, kembali semula meredah api. Niat mereka suci, menyelamatkan ibu dan ayah yang masih terperangkap.

Fikir tiga beradik ini, pengorbanan ini, sedikit dapat membalas jasa ibu yang bertarung nyawa ketika melahirkan mereka.

Fikir tiga beradik ini, pengorbanan ini, sedikit dapat membalas jasa ayah yang setia memimpin tangan-tangan kecil mereka ketika pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah.

Fikir tiga beradik ini, pengorbanan ini, tanpa ibu dan ayah, bagaimana hidup kita yang entah berapa lama lagi?

Fikir tiga beradik ini, pengorbanan ini, tanpa ibu dan ayah, siapa nak menghantar kita ke menara gading esok lusa? Seperti ibu dan ayah pernah menghantar abang dan kakak.

Akhirnya, pergi tiga beradik ini abadi. Damai di sisi ibu dan ayah. Dengan izinNya, damai di sana.

Mungkin pemergian si ayah, ubat paling mujarab untuk melupakan dukanya bersama lilin pengorbanan saban malam.

Mungkin pemergian si ibu, ubat paling mendamaikan untuk berehat setelah penat dan lelah memerah keringat di warung makan.

Memang forensik pakar. Memang siasatan membawa kepada punca utama.
Namun, peleraian kepada klimaks kisah novela duka ini benar-benar meruntun jiwa minda untuk berfikir dan berfikir.

Seorang di UTHM, seorang di UPM dan seorang lagi baru sebulan dua di KMPP. Ini warisan ibu dan ayah yang masih ada. Belum sempat membalas jasa.

Si ibu dan ayah pergi bersama tiga adik kecil mereka setelah bergolok gadai sanggup menyalakan lilin pengorbanan demi perbelanjaan pengajian mereka.

Adakah hanya tragedi yang membuka mata institusi kebajikan?

Hanya tragedi yang mampu memadamkan api derita sengsara mereka?

Atau pilihanraya yang menjanjikan turapan jalan dan pemansuhan bayaran api, air tertunggak?

Atau pelawaan diplomatik, bantuan ke Darfur mampu mengubat derita mereka di Kluang, atau... entah di mana mana lagi?

Aduh, mengapa ke Darfur? Di sini masih ada lagi derita yang tersembunyi. Banyak, dan sangat banyak. Satu di Kluang. Setakat ini.

Esok, entah apa lagi...
Al Fatihah.

2 comments:

Mohd Nurul Amin said...

semalam net down kt utp.. maka tiada terbaca berita..

sgguh mnyayat hati...
mginsafi diri.. bahawa ramai lg yg kurang bernasib baik diluar sana (takpyah smpai ke Darfur)

sdgkan kite kt sini bersenang lenang.
scholar dapat.
duit kdang2 bleh mntak kat ibu bapa
berkereta...
bersyukur dgn apa yg ada

al-fatihah

Anonymous said...

aiseh salah pilih nama. tp tak penting. sampai potong letrik nk skolahkan anak? patut ke jd lg zaman skang. tak patut. terlalu besar sgt lah pengorbanan mak ayah yg boleh buat mcm tu lg, ibarat rela kembali ke zaman batu. moga roh mereka dicucuri rahmat dan anak mereka yg masih hidup menjd org berguna.