Salam Sahur semua. (Termasuk anda yang bersahur pada jam 8.30 pagi)
Ramadhan datang dan pergi. 30 hari mencari cinta. Bukan mencari buffet di hotel ternama bak kata Sang Mufti.
Oh, saya akan meneruskan posting ini dengan menyatakan lapan dalil
Sebelum bermula, kredit saya berikan kepada Encik Masen yang meng'tag' saya. Untuk pengetahuan anda di luar sana, inilah kali pertama saya menulis entri berbaur tag di blog ini (Since 2005). Ada terima pelawaan. Tapi kebiasaanya malas dan jarang saya layan. Kali ini? Layaann...
undang-undang:
MESTI tampal undang-undang..
MESTI posting lapan fakta/tabiat empunya blog..
yang kena tanda MESTI buat posting lapan, dan MESTI senaraikan lapan orang yang terpilih untuk ditanda diakhir posting..
tinggalkan komentar dan beritahu bahawa mereka telah ditanda dan MESTI baca blog..
Maaf. Itu soalan questionaire Media Research saya. Salah. Baik. Mula semula.
SATU
Saya obses terhadap dunia maya. Bukan Maya Karin, tetapi internet. Saya pun tak tahu ada apa dengan internet. Budak-budak CC (baca: Cyber Cafe, bukan Corporate Comm)obses internet kerana ada WOW atau Myspace.
DUA
Saya KURANG gemar perokok ketika mereka sedang merokok. Tak kiralah rokok Sampoerna, Dunhill mahupun Marlboro. Semuanya menyesakkan hidung. Lepaklah bersama saya kalau nak minum teh ais ber'straw' kan rokok. Tapi saya tidaklah sekejam itu. Kan Tomato kan?
TIGA
Saya gemar merayap seorang diri di bandar. Tapi sekarang saya tidak bersendirian lagi. Sudah ada Nik.
EMPAT
Apabila saya bosan, saya akan cuba menghiburkan hati dengan membuat lawak. Menghiburkan diri sendiri. Juga kenalan yang berhampiran. Juga mangsa melalui SMS. Maaf jika lawak-lawak saya tidak lawak bagi anda. Yang penting saya tidak terkekeh-kekeh syok sendiri ketika membuat lawak. Cukup sekadar senyuman.
LIMA
Saya pelat S apabila bertutur dalam bahasa Inggeris - Rakan kelas Publicity & Sales.
ENAM
Saya juga obses terhadap
a) panorama kampung dan pantai
b) telefon bimbit saya
c) muzik yang 'kena' dengan mood saya
d) Gadis comei bertudung, berkaca mata... errk
TUJUH
Gemar sesi cakap-cakap politik. Walaupun saya tidak tahu apa definisi politik selain propaganda kerajaan, dakyah pembangkang, PENYOKONG kerajaan dan PENGIKUT pembangkang.
LAPAN
Saya mempunyai nilai sentimental yang tinggi terhadap masa silam saya. Zaman sekolah, cinta pertama... Hmm... Ha tengok, kan dah sentimental.
Sekian.
Sekarang masa untuk meng'tag' orang.
ANDA YANG DI TAG:
ABE WE (beingwe)
Encik Azzam a.k.a tongai. (Sebagai modal anda update blog yang lama tak update)
Encik Afeez (Fret Boi)
Encik Alfian (ACEEJAY)
Encik Iskandar Sir Punk
SEMUA di Saya Singgah 1
SEMUA di Sayan Singgah 2 (Wow Faisal Tehrani main tag tag ke?)
Semua nama di sini
2 comments:
saya cadangkan awak jaga nik awak tu elok2. saya dah lama perhatikan dia, jeling, hati saya sukakan dia. sampai masanya saya akan memilikinya. jangan kata saya tidak bagitau awal2. selamat sahur 10 pagi cik.
eh... saya kene tag ker?? nak wat camner ni?? help! help!!
Post a Comment