Monday, October 22, 2007

"Yang mana satu Indon abah?" tanya adik kepada abah.

Gambar hiasan. Tidak ada kena mengena dengan Jason Lo mahupun pemain-pemain amatur yang suka melancong ke luar negara kerana semua orang pun boleh terbang.

Satu


Adik duduk sebelah abah. Atas Sofa. Tengok bola di TV3.


10 minit tadi sepak mula.


"Mana lawan mana ni?"
adik tanya. Serius dia tak tahu.

"MyTeam 2 lawan Indonesia," abah jawab.

"MyTeam 2 negara apa abah?" adik tanya beria ia. Lebih serius. Dia memang tak tahu.

"Negara kita jugak lah... Malaysia," abah jawab. Pendek. Sambil menggeleng dua tiga kali melihat seorang pemain amatur menyepak angin.

"Negara apa?" adik tanya lagi.

"Malaysia," ayah jawab sekali.

"Negara apa?" adik tanya sekali lagi.

"Malaysia..." jawab ayah kali kedua.

"Negara apa?" adik tanya.

"Malaysia Mat... Malaysia..." ayah jawab lagi. Konsentrasinya sedikit terencat. Tapi tak apa. Layan saja karenah anak. Kata hatinya.

"Negara apa?" entah kali ke berapa adik tanya lagi.

"Indonesia! Gollll!!!" teriak ayah. Adik terpinga. Pinga.


p/s: Lepas tewas 2-0, Singh sambil tercungap-cungap tepi padang bagi bagitahu media, Singh melabelkan dirinya sebagai 'bapak pengantin' dan telah membuat persiapan untuk kenduri. Tapi, bila tiba hari kenduri, 'pengantin lari.'


Tak berapa nak faham lah Singh. Perumpamaan tu kot yang tak berapa nak kena.


Satu saja.

6 comments:

Anonymous said...

hobi golongan bangsawan sudah tidak tertakluk kepada sukan polo sahaja. maruah negara dalam sukan boleh letak tepi untuk kebruntungan. saya penyokong myteam1, tapi setelah melihat myteam1 tidak begitu mencapai matlamat, myteam2 lebih jelas matlamat money grabbing nya daripada untuk memajukan apa2 aspek bolasepak negara.

encikmasen said...

setujulah saya..

tapi gambar tidak ada kena mengena dengan topik..

tabaik weh..

Anonymous said...

pengantin lari... nice~

azrieizham said...

wow.

mespes: myteam dah takde dah lepas ni rasanya. tp myteam junior pula. nantikan saja.

encik masendo: hoho. gambar tu sekadar hiasan. nampak 'macam menarik', letak je la.

masche: eh? masche? wow.. nicee...

afeezz said...

cerita aper ni.. tak paham..

azrieizham said...

oh.. cerita ini sekadar mengisahkan perkembangan perlawanan bolasepak pasukan myteam menentang indonesia b23.huhu