Thursday, November 01, 2007

Tahniah kepada Key Looi

Gambar hiasan. Ya. Hiasan. Tiada huraian. Eh ada. Saya yang ambil. Sebelum abang payung terjun terjelepuk atas tanah.

Assalamualaikum.

Tidaklah sesibuk Lebuhraya Persekutuan mahupun ruang udara Heathrow. Hanya lapangan masa tidak selapang Lapang Sasar Menembak Pokok Sena.

Ghairah meneroka ruang Candid Syndrome yang tidak seberapa besarnya. Tetapi perkongsian ilmu lebih bermakna daripada berkongsi selimut dengan rakan sejantina.

Juga leka membelai 'Nik' yang dahagakan kelancaran cahaya. SB 600, Nissin atau Yin Yang cap ayam? Nanti kita tanya MARA. Hood cantik jangan dilupa.

Kaki tidak melangkah panjang cuti ini. Sekadar beberapa tapak ke Ipoh dan beberapa langkah lagi ke Taiping. Tidak berpeluang lagi ke Tanah Merah... erk. Tak apa... kita tunggu musim buah datang lagi nanti. Pasti lebih manis.

Tapak-tapak biasa? KLCC yang dikerumuni adik-adik dan abang-abang besar baju polo berjalur vertical.

Oh ya, seperti biasa. Se-semester sekali, pasti ada ini. Rupanya terkadang lain.

Yang ini, pagi tadi:

Corp Comm: 4.00 A+
Law Comm: 4.00 A+
Media Research: 3.67 A-
Publicity & Sales Promo: 3.33 B+

GPA: 3.78
CGPA: 3.68
Alhamdulillah. Syukur.
Terima Kasih. Semua.

Up sikit dari yang lepas.

Insya Allah akan lebih baik. Dan kamu juga.
Semoga berjaya dalam ujan air kencing, ujian HIV, Penilaian Tahap Kecekapan, SPM, STPM dan segala jenis Peperiksaan Akhir. Akhirkan usaha anda seperti mana anda berusaha mengakhiri zaman bujang anda.

6 comments:

iXa said...

gempark girler orkey? tarhniyarh.

w a n t w o b u c k l e m y s h o e said...

wow sudah dean list tu. wowww. kamaruddin mape siap siaga la untuk digantii. tahniah abang azwie.


adik miim~~ eh bukan.

encikpundak said...

wwowow terasa diri ini hina sungguh.. tahniah anyway

jazlin ernida said...

congrats azrie! :)

encikmasen said...

wow DL...skill menembak juga semakin hebat..

nnt turun2kan lah sedikit ilmu..boleh belanja ako barang segelas dua oligococo..

azrieizham said...

ixa: terima kasih. gudluck bersama haxira. eh. bersama exam.

w a n apekejadah n a m e: wow adik miim eh wan... kamaruddin mape? oh hasnida hanim ahmad kamil...

encik pundak: tidak ada apa yang hendak di hina ttg diri sendiri. sila hina org lain. eh. tak baek. jgn hina sesiapa.

cik kak alin: yeap.. thanks yea ina.. eh kak alin. :)

masendo carlo: wow... tidak hebat pun. banyak lagi yang nak di pelajari. terutamanya... eh banyaklah... oligococo tidak tertelan. kopi haliza juga yang enak.. oh heliza...

tq ye semua. gudluck smorg.