Friday, June 27, 2008

"Cinta tak datang hanya sekali"

Lebih atau kurang setahun yang lalu, saya sendiri pernah pergi menonton filem Cinta. Sungguh teruja. Bukan semata-mata melihat dari aspek penceritaan dan kisah 5 cinta berbeza yang digarap dengan cukup bersih tanpa sebarang cacat cela.



Malah, sinematografinya sama sekali membuka mata khalayak untuk melihat sesebuah penceritaan dari aspek fotografi dan persembahan visual yang diluar kotak fikiran.



Semalam, selepas setahun berlalu. Sekali lagi keterujaan itu terpacul selesai menonton filem kedua garapan Kabir Bathia, SEPI.

Kalau nak ulas tentang jalan cerita, saya rasa better kamu-kamu search saja di google.

OST semuanya kena dengan tema dan watak.

Afdlin (Adam), kamu adalah diri kamu. Simple tapi penuh impak. Kamu bawa watak yang berpura-pura bahagia dengan cukup sempurna. Oh ya, terima kasih kerana menjemput saya menonton filem ini.

Vanidah (Ilyana), saya dapat bau sama haruman Camelia pada rambut kamu. Hmm.. wangi. Saya suka moment 'hujan tepung'.

Nasha (Suzie), kamu gedik. Menyampah. Tahniah.

Tony Eusoff (Sufi), saya turut sama termengah-mengah melihat kamu berlari tanpa henti. Sampailah kamu berhenti berlari. Saya tarik nafas dan lepas.

Eja (Marya), kamu selesa dengan watak-watak sebegini sebelum ini. Tapi kamu ada faktor X dalam cerita ini; 'Humming' lagu Aku Bukan Untuk Mu. Juga penyepit rambut.

Riezman (Zain), penjual ikan. Suami Marya. Tak ada yang istimewa. Watak biasa. Tapi tak menacacatkan cerita.

Ahsraff. Anak Sufi. Sapu lambakkan jem ke atas buku roti, memang perlambangan yang bijak.

Baizura Kahar (Imaan), memang tak sangka kamu rupanya 'pusat' kepada perkaitan antara 3 cerita. Mantap. Mengisi jiwa remaja yang menonton.

Syed Hussain (Ean), jarang-jarang nampak kamu berlakon. Sekali-sekala memang menjadi. Perubahan sikap kamu dalam watak Ean memang menjadi.

Pierre Andre (Khalif), renungan, body language dan kemunculan kamu yang sekali-sekali memang sebijik macam lakonan kamu dalam Jangan Pandang Belakang. Faktor X kamu mempengaruhi; sangat mempengaruhi emosi dan realiti Imaan. Potongan kertas comel tu sangat berkesan.

Oh,

Kepada kamu-kamu yang duduk di seat belakang saya semalam, kalau nak bersembang tentang iklan Twisties dan bergelak ketawa semasa babak sedih, sila tengok wayang kulit. Itu lebih baik.

Hujung-hujung bila credit line keluar, kata filem SEPI ni tak menarik dan bosan. Kamu-kamu sebenarnya yang membosankan.

Akhir kata,

Dalam hati berkata;

Finally... Malaysian know how to make movie.

Kongratulasi.

7 comments:

Dyana/Nadia/Dai/dizzy said...

azrey, u always make me say "auwww bestnya!" after reading your blog.Ayat-ayat yang digunakan sangat wow!-sampai-taktau-nak-kata-apa.I want to be better than you..

iXa said...

la ingat komen pasal movie.

yes cerita ini amat menarik dan selalunya lepas tengok movie saya akan terus fikir nak makan apa.

nevertheless lepas tengok sepi saya terbawa-bawa dengan plot dalam filem itu. susah sesebuah filem nak buat saya ter-carried away.

but this film has indeed had!

congrats to sepi!

Unknown said...

zargus_aih: sudah menonton sepi?
JAZLIN: sudah
JAZLIN: and i fxcking hate sufi n marya part
JAZLIN: haha
zargus_aih: wow
zargus_aih: FxCK
JAZLIN: haha
zargus_aih: nape hate
JAZLIN: tak
JAZLIN: i tak suke la
JAZLIN: bile part2 sufi tu jiwang ngan marya
JAZLIN: mcm sgt bosan gle bapak ah
JAZLIN: earlier part adam mmg best
zargus_aih: aah
zargus_aih: i suke part tu
JAZLIN: part imaan best
zargus_aih: huhu... ye lakan duda dengan bini orang.. mmg la bosan
JAZLIN: part sufi je cam.....
JAZLIN: hm
zargus_aih: huhu
JAZLIN: tu la
JAZLIN: i tak puas hati
JAZLIN: ble dia suh marya tu bercerai lak
JAZLIN: bina hdup baru wtf
JAZLIN: mcm
JAZLIN: ntah
zargus_aih: hehe
JAZLIN: tak suke
zargus_aih: bila kita berjumpe... semuanya dah terlambat..
JAZLIN: semuanya dah diaturkan
JAZLIN: overally ok la
JAZLIN: tp part sufi tu
JAZLIN: kalo dia buat marya tu bkn isteri org
JAZLIN: should be better
JAZLIN: or
JAZLIN: dia tak jiwang mcm tu la
JAZLIN: mcm tak pakse marya tu bercerai
zargus_aih: huhu
JAZLIN: n marya tunjuk kesetiaan kat suami dia
JAZLIN: that'll be muchhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh2 better
zargus_aih: marya tu sepi lah dengan suami dia
JAZLIN: ini bleh plak dia kate hati dia ade pade sufi wtf
JAZLIN: ooo sepi je leh curang ke
zargus_aih: huhu
zargus_aih: curang tu negative
zargus_aih: ape yang positive nye
JAZLIN: er
JAZLIN: soalan ke ape tu
zargus_aih: persoalan
JAZLIN: ooo
JAZLIN: takdela
JAZLIN: i tak suke tu je
JAZLIN: mcm ntah
JAZLIN: bodo nye
JAZLIN: ade ke ppuan mcm tu
JAZLIN: dah kawin pon suke org len
zargus_aih: huhu
zargus_aih: sbb ade kat dunie realiti la bende tu difilemkan
JAZLIN: tak suke tak suke
JAZLIN: kalo dia janda ke ape ke takpe gak
JAZLIN: i think that's the down part of the movie la
JAZLIN: part len best
JAZLIN: cinematografi mantap gak

Mohd Nurul Amin said...

ok ako akan tgk citer ni... dalam pc

azrey said...

dyana: woww... go go keep blogging luv ur bloggo too.

ixa: yupp.

alinBloggerPopular: wow.. panjangnya komen uu...

encikpundak: yuppie janji tgk.

Anonymous said...

sy br saje nonton filemnya...sgt suke part adam n imaan jek..part sufi tu tak suke sgt cz tak ptt isteri org ngan duda...if dia janda ok la...watak ean sgt best...hensem plak tue...macho giler..hihihi...sgt best..sape tak nonton lg,cpt2 la nonton...

Unknown said...

yey enah sependapat ngan i