Salam sejahtera.
Apa khabar?
Saya ketika dan saat ini berada di Ipoh Old Taste White Coffee menanti rakan seproduksi untuk berdiskusi berasama duduk di atas kerusi takkan di bawah kerusi pula.
Posting ketiga untuk tahun ini, bukanlah statistik yang menarik bagi seorang blogger bukan?
Statistik tersebut telah menerangkan tahap kesibukan saya buat masa ini.
Namun demikian, tidak pula saya menjaja di status YM/Facebook/Friendster atau err.. Myspace dengan nada-nada yang berbunyi seperti, aRgghH AsSiGNmENTZz, tEnsIoN gILeW ByK kEJeWW DoWh.. serta lain-lain cebisan kata yang membawa makna yang lebih kurang sama. Kalau tak percaya, lihat saja status-status di YM anda sekarang.
Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, esok bersamaan hari Khamis, saya akan berangkat ke Ipoh, Perak untuk bertemu peminat yang terdiri daripada Majlis Bandaraya Ipoh, Muzium Negeri serta lain-lain. Lebih kurang begitulah.
Yang penting, tujuan utama ke sana bukanlah untuk membeli jambu atau limau bali.
Doakan segalanya berjalan dengan lancar. Ok?
Mereka sudah sampai.
6 comments:
singgah le utp kalau malu
kurus!
bro azrie.
watpe g ipoh?
hee
suka lihat gambar azrie dengan peminat tu. senyuman nya agak sinis barangkali begitu berbangga didalam hati dapat bertemu sang azrie. dan ya, anda lebih kurus daripada peminat itu.
ok.. aku x nak mengaku yug aku terasa baca entri ko..
hahaha x slh jika ingin membeli buah bali ataupon jambu sebagai buah tgn..
bkn senang nk p sana..
ok..mungkin kamu senang ke sana..
btw..
dah hbs brape hinggit ya kamu setelah membeli BUAH BALI dan JAMBU di perak arituh? ;p
Gotcha!
huhu...
encikpunD: xsempat ler ke utp. sob3
alinD: ya SAYA.
nora: g ipoh recce tempat. subjek PM
wewe: sinis kerana kenyang makan buffet di dalam dewan.
jojie: hak hak
Post a Comment