Thursday, March 15, 2012

Kasih dan Terima


Kasih dan Terima


Setelah aku tinggalkan

Stesen itu buat sekian kalinya

Dengan langkah seberat ini

Aku menjadi kurang pasti

Tentang berapa banyak lagi

Masa yang akan membibitkan rasa sepayah ini

Yang sangat menyakitkan.


Berapa banyak lagi masa yang Tuhan jarakkan untuk kita

bertemu lagi?


Sekalipun aku cukup mengerti

Sekotak merah serta isinya

Yang aku berikan tadi

Tidaklah seberapa mana

Terimalah hanya itu

Sebagai tanda kasih dan terimanya.

Terima kasih kerana memberi peluang

Untuk kenangan ini.


11 Mac 2012

Kangar

No comments: